Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Saya Tidak Mahu Jumpa Atau Maafkan Perbuatan Mereka" - Kata Ibu Mangsa Kebakaran


Ibu kepada Muhammad Fahmie Abdullah, 11, mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah berkata beliau tidak akan memaafkan mereka yang terlibat.

Noorazlina Bakry, 36, merujuk kepada tujuh suspek berusia 11 tahun hingga 18 tahun, yang ditahan polis kerana dipercayai bertangungjawab membakar bangunan asrama pusat tahfiz berkenaan, menyebabkan kematian 23 orang, termasuk dua guru.

Akibat dari tragedi itu, Noorazlina kerap menangis dan bersedih mengenang nasib yang menimpa anak sulungnya itu.

Beliau juga tidak menyangka semua suspek yang masih muda sanggup melakukan perbuatan kejam seperti itu.

"Saya tidak mahu berjumpa mereka, tak mahu pandang muka mereka..saya tidak akan maafkan perbuatan mereka.

"Saya mengharapkan keadilan dapat ditegakkan. Biar mereka tak keluar (daripada penjara) pun tak apa. Hati apa (suspek) sanggup buat begitu... terhadap pelajar tahfiz pula tu," katanya sebak ketika ditemui di rumah keluarganya di Taman Paroi Jaya, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, pada sidang media, mengesahkan punca kebakaran asrama pusat tahfiz di Jalan Keramat Ujung, Kampung Dato Keramat, itu bermotifkan dendam.

Beliau turut mengesahkan polis menahan tujuh suspek berusia antara 11 tahun dan 18 tahun, yang dipercayai bertanggungjawab membakar tingkat tiga sebuah banglo yang dijadikan asrama pusat tahfiz berkenaan.

Manakala, ibu saudara mangsa, Noridayu Bakery, 32, yang juga adik kepada Noorazlina, berkata kakaknya terlalu sedih apabila mengetahui kejadian itu berpunca daripada perbuatan khianat kumpulan suspek.

"Kami banyak mendengar khabar angin mengenai punca kejadian itu, namun tidak terlalu mempercayainya.

"Bagaimanapun, kami amat terkejut dan sedih sebaik mendengar pengesahan polis melalui televisyen malam tadi.

"Kami harap mereka akan dihukum dengan adil di mahkamah. Kalau boleh kami mahu kumpulan suspek dibawa berhadapan dengan keluarga semua mangsa. Kami mahu mendengar permohonan maaf daripada mulut mereka sendiri," katanya.


Sumber- Berita Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli