Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Angin Kuat Pukul Pesawat Sampai Terhuyung-Hayang," Pesawat Dinaiki Menteri Sarawak Tergelincir Ketika Mendarat

Sebuah pesawat ringan yang dinaiki oleh Datuk Seri Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Kesejaheraan Masyarakat, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Awal Kanak-Kanak Sarawak telah tergelincir semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK).

"Saya tidak dapat bayangkan perasaan ketika itu, memang amat cemas apabila pesawat itu tiba-tiba terasa terhuyung-hayang."

"Sebaik sahaja mendarat, saya sedar pesawat itu menghala ke tepi landasan dan ketika itu perasaan saya cemas amat sangat," kata beliau.

"Hujan tiba-tiba lebat disertai angin kuat ketika pesawat cuba mendarat di lapangan terbang.

"Saya dapat merasai angin kuat yang memukul pesawat menyebabkan ia terbabas ke tepi (ketika mendarat) ," katanya.


Beliau yang merupakan seorang daripada lima penumpang pesawat Beechcraft King Air milik Hornbill Skyways yang tergelincir ketika mendarat dalam cuaca buruk di LTAK, pada petang semalam dipercayai akibat angin lintang berkata detik tersebut amat mencemaskannya tetapi beliau mampu mengawal perasaan kerana sudah biasa menaiki pesawat sama untuk urusan kerja .

"Ketika pesawat itu hampir mencecah landasan, tiba-tiba angin kuat datang menyebabkan ia terhuyung hayang.


Selain juruterbang dan pembantu juruterbang, tiga lagi pegawainya turut bersamanya dalam pesawat berkenaan. Seorang lagi penumpang adalah petugas teknikal kata Fatimah.

"Alhamdulillah, kami semua selamat dan juruterbang berjaya mengendalikan keadaan dengan baik.

"Saya bersyukur kerana tiada seorang pun penumpang dan anak kapal yang cedera," katanya.

Akibat perubahan program di Dalat, mereka terpaksa bertolak sejam selepas 4.30 petang iaitu waktu sepatutnya mereka meninggalkan Lapangan Terbang Mukah.

Namun begitu, kejadian tersebut tidak melemahkan semangat beliau untuk terbang lagi kerana pagi semalam beliau sekali lagi terbang ke utara Sarawak untuk menghadiri majlis rasmi di Miri.

Sumber : Berita Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli