Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

'Saya Dah Maafkan Suspek, Tapi Saya Tidak Mahu Jumpa Mereka'

One Comment

Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Mohd Zahid Mahmood menegaskan bahawa beliau tidak memiliki hasrat untuk bertemu dengan tujuh suspek atau keluarga suspek yang didakwa menjadi punca kebakaran pusat tahfiz yang telah mengorbankan 21 pelajar dan dua wardennya.

"Saya tidak mahu jumpa suspek. Tak perlu untuk berjumpa mereka atau keluarga mereka."

"Tak perlulah jumpa mereka. Bukan berdendam. Saya maafkan mereka semua, seperti saya sentiasa memaafkan pelajar saya.

"Kita manusia harus saling memaafkan. Saya tak nak fikir panjang benda yang sudah jadi.

"Apa yang penting sekarang adalah untuk pulihkan semuanya, semangat anak-anak pelajar ini dan bagaimana kita nak bergerak ke depan. Saya maafkan mereka," katanya.


Jelas Mohd Zahid, apa yang dilakukan oleh suspek yang merupakan remaja berusia antara 11 tahun dan 18 tahun itu sudah 'tertulis'.

"Mereka hanya penyebab berlakunya perkara ini kerana jika boleh diputarkan waktu, saya yakin mereka (suspek) juga tidak mahu perkara ini terjadi... saya sendiri juga tidak mahu perkara sebegini berlaku.

"Tetapi perkara ini sudah 'tertulis'.. saya anggap ini adalah ujian Allah kepada saya serta ahli keluarga mangsa yang terbabit dalam kejadian ini," katanya ketika ditemui di pekarangan pusat tahfiz berkenaan, semalam.

Menurut Mohd Zahid yang mengakui tidak menerima kunjungan daripada keluarga suspek, ujian ini amat berat untuk dihadapinya namun beliau percaya Allah menurunkan ujian kepada hamba-Nya yang mampu menghadapinya. 

"Kejadian ini memberi kesan yang amat besar kepada saya sendiri. Ada ketika pada awal kejadian, saya sampai berasa seperti tidak mahu lagi menguruskan pusat tahfiz.

Tetapi, inilah ujian Allah. Saya perlu kuatkan diri.

"Tumpuan saya sekarang adalah melihat ke depan...semangat semua, terutama anak-anak di sini perlu dipulihkan," katanya sambil menambah pusat tahfiz itu tidak mengenakan sebarang yuran atau bayaran kepada pelajarnya.


Tambah beliau lagi, disebalik kedukaan yang dilalui semua pihak, termasuk orang ramai yang turut bersimpati dengan tragedi itu, ia mempunyai hikmahnya sendiri. 

"Ia seperti 'lilin membakar diri'. Satu kejadian yang insya-Allah memberi manfaat kepada banyak pihak.

"Kejadian ini membuka mata ramai pihak mengenai kebajikan pusat tahfiz di negara ini," ujarnya. 

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan peruntukan khas berjumlah RM30 juta bagi mengemas kini maahad tahfiz secara fizikal. 

Selain itu, khidmat pemeriksaan dan pembaikan sistem pendawaian secara percuma kepada pusat tahfiz seluruh negara juga akan dijalankan melalui Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Halo,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Henrietta Fernando, pemberi pinjaman pinjaman swasta telah membuka peluang kewangan kepada sesiapa yang memerlukan sebarang bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 2% untuk individu, syarikat dan syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan difahami. Hubungi kami hari ini melalui e-mel untuk memohon dan mendapatkan pinjaman segera: ([email protected])

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli