Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Donald Trump Bagi Amaran, Mungkin Terpaksa Musnahkan Korea Utara


Satu kenyataan keras yang dibuat oleh presiden Amerika Syarikat iaitu Donald Trump dengan memberi amaran kepada Korea Utara bahawa Amerika Syarikat mungkin akan menghancurkan sepenuhnya Korea Utara sekiranya Pyongyang tidak menarik diri daripada membangun senjata nuklearnya.

Beliau juga telah menggelar Kim Jong-un yang merupakan pemimpin Korea Utara sebagai ‘lelaki roket’ dalam misi bunuh diri.

Donald Trump telah menjadikan dewan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjadi riuh apabila melemparkan satu kata amaran kepada Korea Utara bahawa negaranya akan menghancurkan Korea Utara sekiranya meneruskan pembuatan nuclear mereka.

"Kami tiada pilihan selain memusnahkan sepenuhnya Korea Utara jika mereka tidak berundur.

"Lelaki roket dalam misi bunuh diri untuk dirinya dan rejim,"
katanya.

Selain itu, pemimpin Korea Utara itu juga diugut oleh Trump dengan menyeru kepada negara anggota PBB supaya memulaukan kerajaan Jong-un sehingga beliau menghentikan tindakan permusuhan.

Pada ketika itu juga, seorang diplomat muda Korea Utara berada dalam kerusi hadapan delegasi ketika ucapan Trump, kata misi PBB Korea Utara.

Selain menggelar Iran sebagai ‘negara penyangak yang menghadapi kemelesetan ekonomi’, Trump juga telah memberi bayangan kepada negara Iran bahawa dia tidak akan mengesahkan perjanjian nuklear 2015 yang dibuat melalui rundingan bersama bekas presiden Barack Obama menjelang tarikh akhir pertengahan Oktober ini.

Cubaan akhir dalam ucapannya adalah untuk menggariskan visi 'Mendahulukan Amerika' untuk dasar luar AS menyasar menurunkan tahap birokrasi global, asas pakatan untuk kepentingan bersama dan memacu Washington jauh daripada pembangunan luar.

Beliau yang telah mentadbir Rumah Putih sejak lapan bulan lalu, memberitahu 193 pemimpin dunia menganggotai badan dunia itu, AS tidak berhasrat mempengaruhi negara lain dan akan menghormati kedaulatan mereka.

"Saya akan mempertahankan kepentingan Amerika berbanding yang lain. Dalam memenuhi pematuhan kami terhadap negara lain, kami juga menyedari adalah menjadi kepentingan semua orang untuk mempunyai masa depan di mana semua negara boleh menjadi berdaulat, makmur dan selamat," katanya. -Reuters


Sumber : Berita Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli