Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Rakyat Malaysia Maut Dipercayai Digigit Labah-Labah Ketika Naik Belon Panas Terkenal Di Turki

2 ulasan

KUALA LUMPUR - Seorang rakyat Malaysia meninggal dunia di Istanbul, Turki dipercayai akibat digigit serangga selepas menaiki belon udara panas di Cappadocia 23 September lalu.

Mangsa, Noor Azmeera Sahudin mengikuti pakej pelancongan di Turki bersama keluarganya pada 16 hingga 24 September sebelum arwah dimasukkan ke hospital selepas terkena gigitan serangga.

Perkara ini disahkan oleh Pengurusan Syarikat Pelancongan IBC Tour yang menguruskan pakej percutian mangsa dan keluarganya di Turki.


Mohammad Rizal Narusuddin, Pengarah Syarikat IBC Tour Corporation Sdn. Bhd berkata, mangsa yang berusia 27 tahun tidak menyedari dia gigit serangga dan hanya mengadu mengalami kegatalan saja.

“Ketika kami membawa pelancong melawat di Cappadocia, mangsa menaiki belon udara panas dan dipercayai digigit sesuatu di bahagian kaki, sama ada labah-labah atau serangga.

“Kemudian, mangsa mengadu mengalami gatal-gatal. Tiga hari kemudian mangsa mengadu mengalami kesakitan di bahagian kaki dan ketua pelancong kami membuat keputusan untuk membuat pemeriksaan di sebuah hospital di Bursa.

“Doktor di hospital Bursa memberikan ubat seperti antibiotik, namun mangsa sekali lagi mengadu sakit sehingga ke bahagian pinggang. Kemudian, mangsa terus dibawa ke Hospital Besar Istanbul,”katanya yang dipetik dari laporan New Straits Times


Jelas Mohd Rizal lagi, doktor mengesahkan bahawa mangsa telah digigit seseatu dan racunnya telah merebak ke bahagian pinggangnya.

Menurut beliau, pihak IBC Tour menerima panggilan pada jam 9 malam yang mengesahkan bahawa mangsa telah meninggal dunia di hospital tersebut.

“Kami mengambil tanggungjawab dan menghubungi syarikat insurans mangsa untuk menguruskan jenazah supaya dibawa pulang ke Malaysia, namun keluarga mangsa mahu arwah dikebumikan di Turki.

“Sehingga kini, kami belum mendapat laporan perubatan lengkap berhubung punca kematian, cuma doktor yang merawat arwah mengesahkan mangsa terkena gigitan,” katanya.

Wakil IBC Tours berada bersama mangsa daripada hari pertama di hospital sehingga kritikal dan membantu menguruskan pengebumian dan kepulangan keluarga mangsa ke Malaysia.

Sumber- New Strait Times
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. pihak berwajib pun tak pasti punca kematian.... camne berita ni kata labah2... buat fitnah kat labah2 ke...

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli