Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Puluhan Warga Rohingya Maut Akibat Tongkang Terbalik Di Bangladesh


Sebuah tongkang yang membawa puluhan warga Rohingya yang melarikan diri dari Myanmar telah terbalik mengakibatkan sekurang-kurangnya lima orang tenggelam di Teluk Bengal, Bangladesh.

Menurut pegawai polis Yakub Ali, "penduduk Shah Porir Island melihat lima mayat di dalam air pada pagi rabu, beberapa jam selepas bot terbalik sekitar tengah malam."

Beliau mempercayai bot itu membawa kira-kira 35 orang ketika terbalik tetapi tidak dapat dianggarkan berapa yang telah hilang dan selamat di pantai.

Mujibur Rahman berkata, "beliau menjumpai beberapa tubuh badan dan banyak lagi yang dikhuatiri telah mati."

Permulaan perjalanan tongkang itu tidak diketahui tetapi sekitar 450 orang telah ditahan oleh pengawal sempadan Bangladesh dan diarahkan untuk kembali ke Myanmar.

Pengawal membiarkan beberapa pelarian melintasi sempadan manakala selebihnya dihantar pulang.



Sementara itu, ribuan penunjuk perasaan berkumpul dalam perhimpunan Chechnya, Rusia untuk menyokong warga Rohingya di Myanmar.




Sumber- Independent
CNN
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli