Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Powerlah, Video Parodi Kak Girl Tarik Perhatian Datuk Shah Rukh Khan


Anda yang mesti pernah lihat video di laman sosial seorang wanita sedang melakukan miming dengan lagu dipasangkan di dalam kereta di mana suaminya sedang memandu di sebelah seperti 'tiada perasaan'.

Video yang dihasilkan oleh wanita berkenaan atau dikenali sebagai Kak Girl itu kini mempunyai ramai peminatnya sendiri kerana parody ‘lip sync’ memang 'superb'.

Kak Girl atau nama sebenarnya Nur Amira Maslan dan suaminya iaitu Mohd Hafizi Marzuki, 26, berjaya membuat orang ramai terhibur dengan melihat gelagat mereka.


Terbaru, apa yang menarik dan begitu membuatkan Kak Girl teruja adalah sebuah video parodinya telah mendapat perhatian bintang Bollywood terkenal Shah Rukh Khan (SRK). Seperti mana yang kita tahu, memang bukan perkara yang mudah untuk mencuri perhatian daripada artis level antarabangsa itu.

Shah Rukh Khan telah memuji persembahan parody ‘lip sync’ atau parodi gerak bibir Kak Girl yang menyanyikan lagu hindi petikan daripada filem Kabhi Khushi Kabhi Gham melalui laman twitter beliau.

Video yang menampilkan Kak Girl dan suaminya yang memandu kereta dan berkelakuan selamba sewaktu Kak Girl merakam video parodinya membuatkan Shah Rukh Khan tertarik.

Atas sebab itu, bintang Bollywood tersebut telah memberi reaksi kepada posting berkenaan dengan menulis di Twitternya,

Reaksi berkenaan berlaku selepas seorang pengguna Twitter, Asad Shan memuat naik tarian dan nyanyian Kak Girl dan memetik (tag) nama bintang Bollywood Shah Rukh Khan dan penerbit, Karan Johar pada malam selasa lalu.


Kini perkongsian SRK itu telah mencapai sebanyak 18,236 likes dan 7,180 retweet. Rata-rata berkata turut terhibur dengan video tersebut. Malah, turut menarik ribuan pengikut SRK untuk mengenali Kak Girl dari seluruh dunia.

Teruja atas respon bintang Bollywood itu, Kak Girl telah berkongsi tweet SRK itu di Facebook miliknya dan menyatakan untuk menjadi heroin bersama untuk filem SRK yang seterusnya.

"Dear Rahul,Thank you for sharing my video.. I am so in love with you!! I watched almost all of your film! Next when you visit Malaysia I hope we can duet together inside my car!! Take Care and Love you!!

"Please consider to take me as your heroine for the next movie. Im sure the film will be Box Office! Sincerely, Anjali" seloroh Kak Girl di Facebook miliknya.



Dia juga pernah menjadi juara cabaran ‘lip sync’ atau parodi gerak bibir di sebuah stesen radio tempatan pada tahun 2016.

Walaupun dahulunya pernah mendapat kecaman daripada netizen kerana aksi gedik dan dianggap keterlaluan telah menjadikan kak Girl lebih popular sehingga sekarang.



Sumber : Media Hiburan
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  2. DEWAPK^^ agen judi terpercaya, ayo segera bergabungan dengan kami
    dicoba keberuntungan kalian bersama kami dengan memenangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi segera buka link kami ya :) :) :* :*

    www.dewapk.com

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli