Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Artikel Saya Tentang Rumah Moden Tiada Bumbung Rugikan Pembeli, Ramai Pemaju Perumahan Mula Terasa


Baru-baru ini kecoh mengenai reka bentuk bumbung rumah pendek yang dikatakan akan merugikan pembeli. Reka bentuk yang modern dan cantik sudah pasti menjadi tarikan utama namun bagaimana dengan fungsi rumah tersebut setelah tamat jaminan.

Sedikit perkongsian daripada Dr. Azizul Azli Ahmad ini mendapat perhatian bukan sahaja daripada netizen malah pemaju perumahan itu sendiri. Akan tetapi perkongsian ini tidak digemari oleh pemaju perumahan.

Kebenaran itu memang kadang kala menyakitkan, tapi inilah tugas orang yang mempunyai ilmu dalam bidang ini untuk membantu masyarakat.

"Bila tulisan saya "Kenapa Bumbung Rumah Pendek? " menjadi viral. Ramai yang mula terasa terutama pemaju perumahan. Sehingga ada yang sangat marah hingga nak ambil tindakan undang undang dan ada yang membela tindakan pemaju ini." 

"Yang paling menyedihkan yang membela pemaju ini orang yang sekolah tinggi, bijak pandai dan seharusnya berkongsi ilmu dengan masyarakat miskin seperti kita semua."

"Baiklah, biar kami ini kekal bodoh dan jangan pandai sampai bila bila. Maklumlah kita orang nie tak hensem," katanya diruangan Facebook berserta beberapa gambar pebualan dengan seorang pemaju perumahan.

"Client saya terkesan dengan posting doktor menyebabkan sedikit konflik antara saya, tuan rumah dan pelukis plan,"

"Betul posting doktor viral dan doktor sendiri memang hebat. Posting tuan ibarat mengeruhkan keadaan. Kasihan developer besar-besar. Saya yang kecil ini pun jadi pening. Plan dan siap print out," kata individu tersebut.



Namun, jawapan yang diberikan Dr. Azizul Azli Ahmad amat mendalam dan menusuk kalbu. Beliau juga menyatakan  hanya berkongsi ilmu pada orang ramai agar tidak terperdaya dengan rekabentuk rumah yang moden tetapi merugikan.  

"Saya menulis agar semua orang jadi bijak pandai, bukan dibiarkan ditipu dengan design yang moden dan cantik. Kos print kembali drawing tidak sampai RM52,000 sebagaimana pembeli terpaksa buat bumbung baru kesan haba, kebocoran, kulat, hujan lebat dan angin kuat," balasnya. 




Lihatlah, pemaju perumahan sebenarnya tidak mementingkan keselesaan anda. Mereka hanya memikirkan keuntungan yang bakal dikaut.

Sedikit sebanyak yang dikongsikan oleh Dr. Azizul Azli Ahmad ini dapat membantu golongan anak muda untuk membuat pilihan dalam membeli rumah pada masa akan datang.

Sumber-Azizul Azli Ahmad
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. yuk..., segera bergabung dengan kami di updatebetting
    add pin aku ya 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  2. Swin888.blogspot.com
    Wechat / whatsapp
    Bit.ly/60133026666
    011-2611-9352
    014-322-7846

    SWIN888 SENANG DAPAT ANGPAO & JACKPOT.
    #SCR888 ->>> Pay dirt
    #LPE88 --->>> A night Out
    #JOKER123 --->>> Robin Hood
    #GW99 ---->>> Tarzan
    #SKY777 -->>> Aqua cash
    #sky99 --->>> Thai paradise

    - WELCOME BONUS 30%
    - DAILY BONUS 10%
    - REFER BONUS 20%
    - 100% TRUSTED #BESMART
    - 24 JAM MASA CUCI/
    TOPUP
    - MININAL TOPUP Myr10.
    - HARI HARI JACKPOT
    - LEBIH DARI 1000+ MACAM SLOTGAMES & UPDATE SETIAP HARI.

    Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCF7oiXFOTBVGvI3h7J2qqqw

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli