Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pihak Berkuasa Akhirnya Merobohkan "Rumah Paku" Selepas 14 Tahun Menghalang Laluan


Pihak berkuasa di Shanghai akhirnya “berjaya” merobohkan sebuah “rumah paku” yang terletak di tengah jalan dan mengganggu aliran trafik sejak 14 tahun lalu.


Keputusan itu dibuat selepas pemilik rumah tersebut akhirnya bersetuju dengan jumlah pampasan yang dianggarkan bernilai kira-kira 2.7 juta yuan ( RM 1.7 juta).

Sebelum ini, pemilik tersebut sudah beberapa kali ditawarkan pampasan untuk membolehkan rumahnya diroboh, namun menolak kerana merasakan pampasan yang ditawar tidak setimpal.


Kerja-kerja perobohan yang tertangguh sejak 14 tahun lalu dilaporkan hanya mengambil masa selama 90 minit sahaja dalam tempoh semalaman.

Keadaan ini bukanlah fenomena baru di China keran terdapat beberapa kes seumpama itu dimana pemiliknya enggan rumahnya diroboh di tengah-tengah projek pembangunan yang pesat.

Sumber : BBC

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli