Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Permohonan 'Better Beer Festival 2017' Ditolak DBKL


Penganjuran ‘Better Beer Festival 2017’ yang dirancang diadakan pada 6 dan 7 Oktober di Solaris Damansara telah ditolak permohonannya oleh Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL).

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL, Khalid Zakaria, berkata, DBKL telah menerima permohonan berkenaan pada 28 Ogos lalu, dalam satu kenyataan hari ini.

Akan tetapi, pihak DBKL telah memutuskan untuk menolak permohonan aktiviti berkenaan.

"Permohonan aktiviti itu pada tempat, masa dan tarikh yang dinyatakan adalah tidak diluluskan.

"Sekiranya penganjur meneruskan aktiviti tersebut, DBKL berhak mengambil tindakan di bawah peruntukan undang-undang sedia ada," katanya.

Sebelum ini, penganjuran 'Better Beer Festival 2017' itu telah mendapat bantahan keras daripada Pas yang menyifatkan ia boleh mengundang kemarahan umat Islam di negara ini.

Ini merupakan rancangan kali ketiga selepas pertama kali diadakan pada 2012 dan kali kedua tahun lalu.

Pada 2012, ia diadakan di Taps Beer Bar di Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur dengan kehadiran 200 pengunjung.

Manakala pada 2016 pengajuran telah dibuat di Publika Shopping Gallery, dengan menyediakan 150 jenama arak dan dihadiri 3,500 orang.

Dijangkakan pada penganjuran tahun ini, penganjur membawa 250 jenama arak berbeza daripada 43 syarikat arak untuk memenuhi cita rasa pengunjung.

Sumber - Sinar Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli