Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bintang Manchester City, Sergio Aguero Dilaporkan Cedera Dalam Kemalangan Di Belanda


Penjaring utama pasukan Manchester City, Sergio Aguero dilaporkan telah terlibat dalam kemalangan di Amsterdam Belanda, lapor Goal.com.

Penyerang Argentina itu dilaporkan mengalami kecederaan tulang rusuk selepas teksi yang dinaikinya itu terbabas melanggar sebatang tiang di tepi jalan selepas hilang kawalan.

Semasa kejadian itu Aguero menaiki teksi berkenaan untuk ke lapangan terbang di Amsterdam selepas menghadiri konsert penyanyi terkenal dari Colombia,Maluma pada malam Khamis.

Gambar dari Instagram beliau dengan Maluma sebelum kemalangan


Kerana kecederaan yang dialami beliau itu, dilaporkan akan berehat panjang iaitu kira-kira enam minggu dan  terlepas perlawanan penting menentang Chelsea dan kelayakkan Piala Dunia untuk Argentina minggu depan.

Kelab lama Aguero, Independiente telah menaikkan satu twit mendoakan agar permain itu cepat sembuh, "Semoga kuat dan cepat sembuh, kami Independiente akan sentiasa bersama kami."

Sergio Kun Aguero, Romelu Lukaku dan Alvaro Morata ketika ini merupakan top scorer dalam liga perdana Inggeris iaitu enam gol. - Siakapkeli.my
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli