Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Penghormatan Besar Buat Kami"- Lapan Petugas Gali Liang Makam 8 Jam


Lapan petugas Makam Diraja Langgar menganggap ianya satu penghormatan yang besar apabila diberi tanggungjawab menggali liang makam bagi Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Daud Shahidan, 54, Pembantu Awam Makan Diraja Langgar berkata, dengan bantuan 20 kakitangan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), tugas menggali bermula jam 6 petang semalam sebaik sahaja mendapat arahan bahagian protokol Istana Anak Bukit sehingga selesai jam 2 pagi.

"Makam baginda dipilih di kedudukan tengah antara makam isteri baginda iaitu Almarhumah Sultanah Bahiyah dan adinda baginda, Almarhum Tunku Annuar Sultan Badlishah manakala jenazah dijangka dimakamkan kira-kira jam 4 petang ini," katanya.

Para petugas bekerja tanpa henti sejak semalam sehingga proses pemakaman selesai, kata Daud yang sudah berkhidmat selama 31 tahun di makam terbabit.

Pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) akan mendirikan khemah, pentas dan memasang kerusi serta permaidani untuk pihak kenamaan dan kerabat yang hadir ke makam sebaik sahaja proses menggali makam selesai.

"Kami perlu menyiapkan kerja ini sebelum jenazah diarak menggunakan pedati ke makam kira-kira jam 2.30 petang," katanya.

Jenazah Almarhum Sultan Abdul Halim dijangka diiringi melalui Lebuhraya Darul Aman dan Jalan Tun Razak sebelum melalui Jalang Langgar ke Makam Diraja Langgar dari Istana Anak Bukit.

Jenazah Almarhum Sultan Abdul Halim dijadual diiring dari Istana Anak Bukit melalui Lebuhraya Darul Aman dan Jalan Tun Razak sebelum melalui Jalan Langgar ke Makam Diraja Langgar.

Sumber : BH Online

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G menyediakan Game : Sbo&Casino,CMDbet,Tangkas,Sabung Ayam, DLL
    pin bb:5EE-80AFE
    Di tunggu pendaftaran nya ya bos :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli