Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Penganggur Ini Ditahan Selepas Cuba Memecahkan Cermin Kereta Peronda Polis


Pekan: Tindakan seorang penganggur mengetuk dan cuba memecahkan cermin depan sebuah kereta peronda polis mengundang padah apabila dia ditahan, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.20 pagi, suspek lelaki berusia 32 tahun dikatakan secara tiba-tiba mengetuk sebanyak dua kali menggunakan besi pengunci stereng pada cermin kereta peronda polis yang diletakkan di tepi jalan di depan Masjid Annur Kampung Ketapang Hilir, di sini.

Sumber polis berkata, sebaik melakukan tindakan agresif itu lelaki berkenaan terus melarikan diri menggunakan kereta Proton Waja disedari dua anggota polis peronda terbabit.

Anggota polis peronda terbabit kemudian meminta bantuan pasukan peronda lain untuk mengejar dan menahan suspek berdasarkan keterangan kenderaan digunakan.

“Lelaki terbabit ditahan selepas dikejar kira-kira 10 minit oleh anggota cawangan kereta peronda (MPV) di Jalan Sultan Ahmad, di sini,” katanya kepada Harian Metro, semalam

Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengetahui punca suspek melakukan perbuatan khianat itu,” katanya.

Menurut sumber, polis turut merampas besi pengunci stereng digunakan suspek selain kereta yang dipandunya dan suspek kini direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 425 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat terhadap harta.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Pekan, Deputi Superintendan Mohd Zaidi Mohd Zain, ketika dihubungi semalam, mengesahkan kejadian.

Sumber: Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli