Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Penemuan Haiwan Pelik Dipanggil 'Raksasa Laut' Gemparkan Pantai Texas

2 ulasan

Seorang wanita telah memuat naik gambar bangkai sejenis haiwan laut terdampar di laman sosial Twitter  selepas berlakunya taufan Harvey 18 hingga 25 Ogos lepas.

Haiwan itu dipercayai sejenis belut laut dalam dari keluarga Tusky yang kelihatan seperti raksasa dan dipercayai sudah terdampar antara dua hingga tiga minggu di pantai berkenaan.

Dalam laporan Daily Mail minggu lepas, Preeti Desai dar Persatuan Audobin Kebangsaan menyiarkan gambar haiwan berkenaan dalam usaha mengenal pasti makhluk tersebut yang tiada mata dan mempunyai gigi yang tajam.



Antara jawapan pakar biologi menyatakan haiwan berkenaan ialah raksasa laut dari spesies belut namun tidak pasti jenisnya.

Jawapan paling popular ialah belut tusky yang hidup di Teluk Mexico pada kedalaman antara 30 hingga 90 meter dan jarang muncul di permukaan.

Namun Tusky mempunyai mata dan saiznya lebih kecil dan bangkai berkenaan pasti sudah mereput ketika Desai menemuinya.

Dr Kenneth Tighe dari jabatan Sejarah Alam Muzium Kebangsaan Smithsonian percaya haiwan itu belut Tusky atau spesies belut keluarga lain.

Sekali pandang ia kelihatan seperti haiwan laut dalam ‘sea lamprey" (sejenis belut penghisap darah) namun apabila diteliti ia bukan, terutama bahagian mulutnya,” katanya.

Menurutnya, tujuan dia menyiarkan gambar itu di Twitter dengan harapan ada pakar mengenal pasti haiwan berkenaan.

Sumber: Daily Mail
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Bagi yang bergadang, mari mainkan game bola dari kami f*a*n*s*b*e*t*t*i*n*g
    Daftar dahulu ya.. info lebih lanjut >> 5ee80afe :)

    BalasPadam
  2. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli