Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Bangkai Penyu Tanpa Perut Bertaburan Di Pulau Bum-Bum


Kota Kinabalu: Jabatan Hidupan Liar Sabah hari ini mengesahkan penemuan beberapa bangkai penyu yang terdampar di pantai di Pulau Bum-Bum, Semporna.

Pengarahnya, Augustine Tuuga, berkata pegawainya di Tawau mendapat pengesahan mengenai penemuan itu selepas menghubungi penduduk kampung di Pulau Bum-Bum yang mengambil gambar bangkai penyu terbabit sehingga ia tersebar di media sosial, semalam.

Pegawai terbabit sudah diarah membuat siasatan lanjut di pulau berkenaan termasuk pergi lokasi sebenar penemuan bangkai haiwan marin itu,katanya.

"Berdasarkan pengakuan penduduk itu yang mengakui mengambil gambar bangkai penyu berkenaan, kita menganggap ia adalah benar (bangkai penyu terdampar di Semporna).

"Tindakan sekarang ialah untuk pergi ke lokasi dan membuat pengesahan serta menentukan berapa banyak penyu yang mati. Berdasarkan gambar yang tersebar itu, ia adalah penyu hijau," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Punca kematian penyu terbabit belum dapat dipastikan sama ada dibunuh atau sebaliknya.

Gambar yang mula  tersebar di laman sosial sejak semalam menunjukkan beberapa ekor penyu dengan keadaan perutnya terdedah, terdampar di tepi pantai berkenaan.

Pada awal 2014, kira-kira 60 bangkai penyu ditemui terapung di perairan Pulau Tiga, Kudat, manakala empat lagi ditemui terapung di Pulau Bum Bum.

                                   Gambar 2014

Pada Mac 2015, pihak berkuasa sekali lagi menemui 19 bangkai penyu hijau di Pulau Tiga di utara Pulau Balambangan dan Banggi dekat perairan Kudat, dipercayai cuba diseludup secara hidup melalui laut, namun gagal berbuat demikian berikutan kekerapan rondaan pasukan keselamatan.

Sumber: Berita Harian

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli