Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pemandu Ambulan Mengaku Bersalah Cuai Ketika Dalam Perjalanan Mahu Ambil Pesakit


Seorang pemandu ambulan yang videonya menjadi tular di laman sosial selepas terlibat dalam kemalangan pada 6 September lepas telah didakwa atas pertuduhan memandu sehingga membahayakan pengguna jalan raya yang lain di Jalan Song Ban Kheng.

Chong Cheok Fai didenda RM6000 selepas mengaku bersalah setelah pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Masjistret Jamaliah Abd Manap

Pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kamaliza Md Zain telah mendakwa Chong Cheok Fai dengan pertuduhan memandu secara tidak cermat atau tanpa perhatian munasabah sehingga membahayakan pengguna jalan raya, beliau dituduh mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 dan boleh dihukum penjara 12 bulan, jika disabit kesalahan.

Selain itu, Timbalan Pendakwa Raya Kamaliza Md Zain memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal memandangkan kes itu bukan sahaja medatangkan kemudaratan kepada tertuduh sahaja, tetapi turut membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

"Dalam kes ini, penunggang motosikal yang terbabit dalam kejadian itu turut mengalami kecederaan serius pada tulang rusuk, selain menyebabkan pengguna jalan raya lain menanggung kerugian akibat kerosakan kenderaan yang dialami mereka," katanya.

Namun demikian, mahkamah hanya membuat keputusan agar tertuduh membayar denda RM6,000 atau 10 bulan penjara sekiranya gagal membayar jumlah berkenaan, selain mengarahkan lesen memandu tertuduh direkodkan.

Sewaktu insiden itu, Cheok Fai dikatakan dalam perjalanan untuk mengambil pesakit kemudiannya melanggar sebuah kereta selepas gagal berhenti di persimpangan lampu isyarat di Jalan Song Ban Kheng, selain merempuh sekumpulan penunggang motosikal lain lapor Berita Harian.


Sumber : Berita Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli