Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Peluang Bertemu Hatsune Miku 16 Disember Ini, Konsert Maya Secara Langsung Pertama Di Malaysia Di Bawa Oleh Astro Dan Crypton Future Media


KUALA LUMPUR, 20 SEP 2017– Peminat sensasi global Hatsune Miku kini boleh bertemu idola maya mereka " secara langsung"! Astro dengan kerjasama Crypton Future Media, INC membawakan Hatsune Miku Expo 2017 - ke Malaysia (#MikuExpoMY).Pertunjukan konsert buat julung kalinya adalah untuk satu malam sahaja pada 16 Disember di Axiata Arena Bukit Jalil.

Selebriti siber berambut biru yang berusia 16 tahun dari Jepun ini mempunyai lebih daripada 2.5 juta peminat di seluruh dunia dan 80,000 pengikut setia di Malaysia. Hatsune Miku telah bekerjasama dengan Pharrell Williams, menyokong Lady Gaga dalam lawatan konsertnya - ArtRave dan mempunyai repertoar lebih ratusan ribu senarai lagu dalam pelbagai bahasa.

Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi Astro berkata, "Astro teruja untuk membawa konsert Hatsune Miku buat pertama kalinya secara langsung ke Malaysia. Konsert ini adalah satu-satunya persembahan di Asia Tenggara tahun ini, jadi pastikan anda tidak ketinggalan untuk mengalami sensasi sekali seumur hidup ini. Sebagai suara masa hadapan, Hatsune Miku membawa pengalaman baru dan novel di mana lagu-lagu dan persembahannya berasal dari berjuta-juta peminat di seluruh dunia.

Hatsune Miku Expo 2017 di Malaysia, telah pun menarik ramai peminat sejak pengumumannya di acara Hatsune Miku Magical Mirai 2017pada 31 Ogos 2017 yang lalu, bersamaan dengan sambutan ulang tahun ke-10nya di Jepun. Pada hari konsert, peminat boleh nantikan gerai barangan rasmi, cosplayer, dan aktiviti-aktiviti menyeronokkan di tempat lokasi sebelum Hatsune Miku memulakan persembahan."

Hatsune Miku merupakan kandungan unik yang mempunyai pengikut yang utuh di peringkat antarabangsa yang melampaui budaya, bahasa dan sempadan.


Kimitaka Nishio, Pengurus Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif di Crypton Future Media, berkata "Tiga tahun yang lalu, Ekspo Hatsune Miku bermula di Asia Tenggara dengan persembahan dan pameran liveyang bersejarah di Jakarta yang telah menetapkan asas-asas acara yang mengetengahkan peminat-peminat dengan meraikan kreativiti kolaboratif.

Tahun ini, selepas 48 persembahan di 7 negara di seluruh dunia, kami gembira dapat kembali ke rantau ini untuk Hatsune Miku Expo 2017 di Malaysia. Kami tahu Hatsune Miku sudah mempunyai fanbaseyang kuat di negara ini, tetapi kami juga berharap untuk memperkenalkannya dan budaya sekelilingnya kepada lebih ramai orang di kawasan itu.

" Sensasi YouTube, Chaleeda Gilbert dan superstar Malaysia, Zizan Razak akan membuka tirai bagai konsert Hatsune Miku.

* Sila rujuk appendix bagi profile Zizan dan Chaleeda 

Hatsune Miku Expo 2017, akan diadakan di Arena Axiata Bukit Jalil pada 16 Disember 2017 pada jam 8 malam. Harga tiket adalah RM169, RM269, RM339 dan RM439 (tidak termasuk fee tiket dan GST). Jualan tiket akan bermula pada Ahad, 8 Oktober pada 10AM dalam talian melalui www.myticket.asia. Dapatkan berita terkini melalui mikuexpo.com dan fb.com/mikuexpo2017mys

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G, yukk buruan.. :)

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli