Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Pelan Prabayar Baru Dari redONE- Panggilan Percuma Walaupun Tanpa Kredit


Pada pengguna prabayar, korang pernah tak rasa disisihkan. Yelah, syarikat telko besar ketika ini dilihat lebih memfokuskan kepada pengguna pelan pascabayar dengan tawaran internet tanpa had dan sebagainya. Tapi untuk pengguna prabayar, tawaran internet yang dibekalkan macam dah makin mahal kan?

Baru-baru ini, sebuah syarikat rangkaian pengendali maya mudah alih (MVNO), redONE Network Sdn Bhd telah melancarkan semula pelan internet prabayar mereka untuk memberikan lebih data internet kepada pengguna prabayar dengan moto "Back To Basics".

Mereka turut dilihat mahu lebih memfokuskan kepada golongan pengguna prabayar oleh kerana syarikat telko besar lain masing-masing nampak seperti tidak mengendahkan lagi golongan ini.
Jom kita tengok apa yang menarik tentang pelan prabayar baru yang ditawarkan oleh redONE.

1. Pek Permulaan

Bila korang beli pek sim kad redone ni, korang terus akan dapat kredit pramuat bernilai RM 6, data internet percuma sebanyak 1.5GB (500MB + 1GB internet asas) setiap bulan, dan panggilan percuma ke semua pengguna prabayar redone tanpa had selagi akaun masih aktif. 


2. Tambah Nilai

Setiap tambah nilai, anda juga akan menerima internet percuma yang dibahagikan mengikut hari seperti di bawah.

Korang jangan salah faham pulak ya, ni data internet percuma yang diberikan apabila korang topup. Sapa nak bagi internet free kan? Kira okay la daripada tak dapat apa macam sesetengah telko tu.



3. Tambah Data Internet

Kalau data internet percuma tak cukup, macam biasa la korang boleh menambah data internet dengan harga yang ditawarkan seperti di bawah.



Pelan prabayar yang ditawarkan oleh redONE dilihat pelan prabayar yang paling berbaloi dari segi data internet berbanding apa yang ditawarkan oleh telko lain. Seperti contoh, kalau korang top-up RM50 dan beli pelan data internet RM50, korang akan dapat 20.5GB keseluruhannya (10GB+ 9GB internet percuma+1.5GB internet percuma).


Dalam acara pelancaran pelan tersebut, Ketua Pegawai Jualan, Ben Teh turut memberitahu media, pihak redONE akan menyebarkan sejumlah 30,000 sim kad prabayar percuma dalam satu kempen #ONEKAMPUS yang dilihat menyasarkan kepada golongan pelajar di beberapa institusi pengajian terpilih serata Malaysia.

Pelajar yang menyertai program ini akan sentiasa dapat berhubung dengan satu sama lain walaupun kehabisan kredit. Biasalah hidup student, memang kena jimat. Kalau parents pun pakai prepaid redONE, lagi senang nak call ke kampung.


Nah, Ika Farhana pun guna pelan prabayar redONE ni. Lebih banyak data internet dan lebih jimat katanya.


Korang boleh layari laman rasmi redONE untuk maklumat lanjut.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam
  2. 🔔🔔PENGHUJUNG BULAN MESIN HOT MUNTAH 🌹🔔
    SWIN1688 SENANG DAPAT ANGPAU & JACKPOT.
    JOM TRY LUCK MANY UNIQUE GAMES PAYOUT.
    🐄🐄NIUNIU BET~ FIGHT BULL🐄🐄

    Swin1688.blogspot.com
    Wechat / whatsapp
    BIT.LY/60143227846

    #SCR888 --> Kimochi
    #SKY777 --> Pocketmon
    #SKY99 --> Three kingdom
    #JOKER123 --> Safari life
    #LPE88 --> Fruitmania
    #GW99 --> Great Blue

    - WELCOME BONUS 30%
    - REFER BONUS 20%
    - DAILY BONUS 10%
    - IOS/ANDROID SEMUA DAPAT MAIN.
    - WE ARE 24 OPERATOR SERVICE/
    - 100% TRUSTED SINCE 2015. BESMART PLAYERS.
    - LEBIH DARI +1000 KIND OF SLOTGAMES & UPDATE SETIAP SAAT.
    - HARI HARI JACKPOT.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli