Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Paras Air Sungai Pulau Pinang Mencecah Paras Bahaya, Seorang Wanita Dikhuatiri Lemas


Seorang pekerja kilang berusia 30 tahun dipercayai dihanyut arus deras ketika dalam perjalanan pulang bekerja selepas tamat syif malam.

Noor Afidah Yajunas dipercayai menunggang motosikal di Jalan Paya Terubong lalu terjatuh ke dalam sungai dan ditakuti lemas.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata stesen Paya Terubong memberi tindak balas kepada kes itu selepas dimaklumkan pada pukul 8.38 pagi Jumaat dan anggota bomba masih berada di tempat kejadian untuk mencari mangsa.

"Kami tidak dapat berbuat apa-apa kerana arus begitu kuat," kata seorang penunggang motosikal yang tidak mahu dinamakan.

"Ia adalah satu pandangan yang amat menyedihkan, saya melihatnya tangannya terkapai-kapai sambil dihanyutkan arus deras tetapi tiada apa yang kami mampu buat."



Dalam masa itu, anggota bomba dari balai Jalan Perak telah menyelamatkan lima pelajar dari Taman Irama Villa di Lintang P. Ramlee, manakala tiga orang dewasa dan dua kanak-kanak di Ayer Itam diselamatkan oleh anggota bomba dari stesen Paya Terubong.

Kejadian banjir kilat yang melanda kebanyakan kawasan di lima daerah di negeri ini pagi ini susulan hujan lebat sejak 3 pagi tadi hampir melumpuhkan bandaraya Pulau Pinang, menurut laporan Bernama.


Antara kawasan terjejas ialah Jalan P. Ramlee, Jalan Masjid Negeri, Sungai Pinang, Taman Lumba Kuda, Bandar Baru Air Itam, Paya Terubong, Relau, Balik Pulau, Batu Ferringhi serta beberapa kawasan di Seberang Perai iaitu Taman Bagan, Mak Mandin, Permatang Pauh dan Jalan Tembikai.

"Namun sehingga kini belum ada pusat pemindahan dibuka selain tiada laporan kemusnahan harta-benda atau kemalangan jiwa diterima," katanya kepada pemberita, di sini.


Setakat 10 pagi, keadaan hujan masih belum menunjukkan tanda-tanda akan reda.

Menurut jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Timur Laut, paras air sungai di Sungai Pinang dan Sungai Air Itam telah mencecah paras bahaya.

"Tahap kedalaman air di beberapa kawasan di Timur Laut telah mencecah 0.6 meter namun setakat 9 pagi ini tiada pusat pemindahan dibuka," katanya.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. Bagi yang bergadang, mari mainkan game bola dari kami f*a*n*s*b*e*t*t*i*n*g
    Daftar dahulu ya.. info lebih lanjut >> 5ee80afe :)

    BalasPadam
  2. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli