Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Nak Telefon Dwi-Kamera Dengan Bayaran Bulanan Hanya RM66.63 Sebulan? Jom Tengok Tawaran di Senheng Ini


Sekarang ni banyak telefon kelas atasan yang mempamerkan rekaan dwi-kamera. Tetapan dua kamera ini bermula dari LG Optimus 3D dan HTC Evo 3D pada tahun 2011. Kedua-dua telefon pintar ini (dan ada juga yang lain) menggunakan kanta lekap untuk membolehkan peranti ini mengambil video 3D dan gambar 3D.

Rekaan dwi-kamera ini sebenarnya mula hangat dalam pasaran telefon pintar bermula dengan Huawei P9 dan seterusnya P10. Ianya diikuti dengan iPhone 7, OnePlus 5 dan baru-baru ini Samsung Galaxy Note8 dan Nokia 8 turut serta dalam senarai telefon kelas atasan yang memiliki rekaan dua kamera utama.

Namun, untuk mendapatkan telefon seperti yang dinyatakan di atas, anda perlu mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk mendapatkan telefon premium dengan tetapan dwi-kamera.
Sekarang anda tidak perlu berbelanja besar kerana telefon Samsung varian J juga sudah menawarkan telefon dwi-kamera dengan harga RM 1,599.

Samsung Galaxy J7+ dibina dengan paparan skrin Super AMOLED bersaiz 5.5 inci HD penuh. Ianya turut memiliki ciri paparan skrin yang sentiasa terbuka untuk memudahkan pengguna melihat notifikasi.

Ia disokong RAM 4GB, storan 32GB yang menyokong kad microSD dan dioperasikan oleh Android Nougat bersama antarmuka Touchwiz yang mesra pengguna. Peranti ini menyediakan bateri berkapasiti 3,000mAh serta pengimbas cap jari di butang hadapan.


Dan yang paling penting sekali, Galaxy J7+ dibekalkan dengan sistem dwi kamera 13 dan 5 Megapiksel (RGB+Monokrom). Dengan kamera dua sensor ini, ianya sangat sesuai untuk pengguna yang dahagakan gambar bokeh. Peranti ini turut menyertakan kamera depan 16 Megapiksel. 

Telefon pintar ini juga tidak ketinggalan untuk menerima ciri pintar Bixby di samping ciri dua akaun Whatsapp pada satu-satu masa. Telefon pintar ini mendapat cip kuasa dari pemproses Octa-core (Quad-core 2.39GHz + Quad-core 1.69Ghz) yang didatangkan dengan pilihan warna Hitam dan juga Emas.


Pada yang berminat, anda sudah boleh mula pra-tempah melalui pelan yang ditawarkan oleh Senheng/senQ. 

Melalui pelan yang disediakan Senheng, anda boleh buat bayaran penuh 
atau bayar deposit RM 200 sahaja dan selebihnya boleh dibayar dengan pelan ansuran bulanan selama 24 bulan semasa pengambilan. 

Pada yang tak mampu nak buat bayaran penuh, jangan risau, Senheng turut menyediakan pelan bayaran ansuran ansuran sebanyak RM 66.63 selama 24 bulan.

Anda boleh pilih kaedah penghantaran sama ada mahu ambil di kedai atau melalui penghantaran ke rumah. Penghantaran ke rumah khas untuk pelanggan yang membuat bayaran penuh manakala untuk pelanggan yang membeli dengan kaedah ansuran, anda perlu mengambil sendiri di kedai Senheng atau senQ yang berhampiran.


Anda juga akan menerima kad SD percuma dan Samsung Protection Plus yang keseluruhannya bernilai RM 388.

Tidak cukup dengan itu, Senheng turut menawarkan waranti tambahan selama setahun kepada ahli PlusOne. Jika anda bukan lagi ahli PlusOne, anda boleh daftar hanya dengan RM 12. Ditambahkan pula dengan waranti dari Samsung sendiri, maka anda boleh menggunakan telefon ini dengan tenang selama 3 tahun.

Layari http://bit.ly/2wIYYQG untuk membeli Samsung J7 Plus sekarang. Kalau anda perasan waktu pra-tempahnya juga adalah terhad dalam masa yang ditetapkan sahaja.



Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G menyediakan Game : Sbo&Casino,CMDbet,Tangkas,Sabung Ayam, DLL
    pin bb:5EE-80AFE
    Di tunggu pendaftaran nya ya bos :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli