Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sanggup Cari Di Rumah Dan Belikan Baju Sekolah Baru Supaya Anak Muridnya Dapat Ke Sekolah Jawab UPSR


Guru adalah antara insan yang paling penting dalam mencorakkan perjalanan hidup kita selain ibu bapa. Pengorbanan dan jasa seorang guru memang tidak dapat dinafikan.

Umum mengetahui kini pelajar-pelajar Tahun 6 sedang berjuang untuk mendapatkan keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Bagi ibu bapa, mereka pasti inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka supaya mereka mampu menduduki peperiksaan dengan tenang.

Namun apa yang terjadi kepada seorang pelajar di sebuah sekolah ini memang mengharukan dan apa yang dilakukan oleh cikgu ini lebih mengharukan. Ketika jam sudah menunjukkan pukul 8.00 pagi, pelajar ini bernama Aina masih belum tiba sedangkan peperiksaan bakal berlangsung tidak lama lagi.


Pelajar orang asli ini dikhabarkan datang dari keluar yang susah dan tidak mahu hadir ke sekolah disebabkan bajunya yang basah. Lalu dua orang cikgu ini mengambil inisiatif sendiri untuk menjenguk dan memujuk pelajar ini ke sekolah, mereka adalah  Cikgu Khairul Nizam dan Cikgu Mohd Ali.


Setelah diikhtiarkan baju untuk untuk murid tersebut, kedua-dua cikgu ini menjemput anak kecil ini ke sekolah bagi menduduki peperiksaan Bahasa Melayu. Mulia sungguh hati kedua-dua cikgu ini, tidak membiarkan masa depan anak muridnya terancam hanya kerana sehelai baju.


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G menyediakan Game : Sbo&Casino,CMDbet,Tangkas,Sabung Ayam, DLL
    pin bb:5EE-80AFE
    Di tunggu pendaftaran nya ya bos :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli