Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Misteri Bau Busuk Dan Lalat Mati Di Pantai Paka Masih Hantui Penduduk Setempat


Bau busuk yang disangkakan bau mayat di pesisir pantai Paka, Kampung Cacar, Dungun, Terengganu terus menjadi tanda tanya kepada penduduk setempat sejak semalam.



Bukan sahaja sekadar bau busuk, kewujudan satu tompok pasir yang dikerumuni lalat menguatkan lagi sangkaan orang ramai  bahawa terdapat mayat disitu.

Namun sehingga pagi tadi, pihak polis yang pergi ke lokasi kejadian tidak dapat merungkai punca bau busuk yang keterlaluan itu. Pihak polis hadir selepas mendapat laporan peniaga yang terganggu dengan bau tersebut.



Jengkaut yang tiba memulakan kerja-kerja menggali kawasan pesisir pantai bermula daripada jam 5.00 petang semalam, namun dihentikan menjelang waktu maghrib apabila gagal menemui sebarang objek atau benda.

Superitendan Ahmad Zailani Yaacob, Ketua Polis Daerah Dungun, berkata kejadian itu masih dalam siasatan pihak polis ketika ini.




"Kerja-kerja menggali lokasi yang dimaksudkan sudah dilakukan tetapi usaha gagal menemui dari mana dan punca bau busuk itu datang.

"Operasi menggali akan diteruskan pada hari ini," katanya.

Sumber : Sinar Harian

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 2 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G menyediakan Game : Sbo&Casino,CMDbet,Tangkas,Sabung Ayam, DLL
    pin bb:5EE-80AFE
    Di tunggu pendaftaran nya ya bos :)

    BalasPadam
  2. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di updatebetting

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli