Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Mengaku Salah Cederakan Seorang Pekerja Kelab Golf, Sharnaz Ahmad Didenda RM1,200


KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, mengenakan hukuman denda sebanyak RM1,200 terhadap pelakon, Sharnaz Ahmad selepas mengaku bersalah mencederakan seorang pekerja kelab golf, Julai lalu.

Majistet Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu terhadap Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 32, selepas tertuduh mengaku salah melakukan kesalahan itu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Sharnaaz didakwa telah mencederakan dengan menumbuk Gous Ali, warga Bangladesh, di Level 1, KLGCC, Taman Tun Dr Ismail, di sini, jam 5.30 petang, pada 22 Julai lalu.

Mahkamah turut memerintahkan Sharnaaz menjalani tambahan hukuman dua bulan penjara, sekiranya gagal membayar denda. Pelakon itu kemudian membayar denda berkenaan.

Pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun, atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber: Berita Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli