Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Litar Pintas Dikatakan Punca Berlakunya Kebakaran


KUALA LUMPUR 14 Sept. - Litar pintas di hadapan pintu masuk bilik asrama di tingkat dua bangunan dikatakan punca berlakunya kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi.

"Perkara itu berkemungkinan berlaku kerana mayat-mayat pelajar dan guru tahfiz ditemukan di bahagian kiri dan kanan bilik asrama". Kata Abu Obaidat Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelemat Kuala Lumpur, Penolong Pesuruhjaya Bomba.

“Mereka dipercayai telah menyelamatkan diri daripada kawasan kebakaran di tengah bilik dan cuba menyelamatkan diri dengan keluar menerusi tingkap.

“Bagaimanapun, tingkap asrama tersebut dilengkapi jeriji yang menyukarkan mereka untuk keluar dan hanya terdapat satu pintu sahaja untuk keluar dan masuk dari bilik asrama tersebut,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Sumber: UTUSAN ONLINE
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli