Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Lelaki Kanibal Serang, Kelar Leher Dan Makan Daging Wanita Mati Ditembak Polis Di Afrika Selatan


Seorang lelaki ‘kanibal’ telah ditembak oleh pihak polis di Mount Frere, Afrika Selatan selepas dilihat memakan daging seorang wanita yang dibunuhnya dalam kejadian yang berlaku 9 September yang lalu.

Aphiwe Mapekula, 23, mati di hospital akibat ditembak di lengan, kaki dan perut oleh polis yang cuba menahannya di rumahnya.

Suspek yang tidak menghiraukan beberapa das tembakan amaran pihak polis terus memakan daging mangsa, Thembisa Masumpa, 35, secara mentah. Polis melepaskan tembakan ke arahnya selepas mendakwa suspek menyerang mereka dengan pisau.

Menurut kenyataan pihak polis, suspek dilaporkan menarik mangsa dari jalan raya sebelum membelasah dan membunuhnya, manakala jiran suspek berkata, mangsa yang dibunuh sedang bekerja mengambil upah di rumah suspek apabila dia diserang. Suspek dikatakan menyerang dan mengelar leher mangsa sebelum membelasah kepala mangsa.

Aphiwe Mapekula

Ibu Aphiwe segera menghubungi pihak polis setelah terkejut melihat perbuatan kejam anaknya itu.

Edith Mjoko, Kapten Polis berkata, anggotanya yang tiba di lokasi kejadian terkejut melihat suspek sedang menjamah daging wanita berkenaan dan terpaksa menembaknya apabila menyerang anggota polis dengan pisau.

“Saya tidak melahir dan membesarkan anak yang seperti ini.”, kata ibu suspek.

Datuk Bandar, Bulelwa Mabengu, percaya kejadian ngeri tersebut berlaku akibat suspek dibawah pengaruh dadah.

Bulelwa Mabengu

Kes ini merupakan kes ‘kanibal’ kedua yang berlaku di Afrika Selatan bulan ini. Dalam kejadian sebelumnya, 6 orang lelaki ditahan selepas merogol seorang wanita, kemudian membunuh mangsa dan mayatnya dipotong dengan beberapa bahagian tubuhnya dimakan.

Pihak polis percaya, kejadian yang berlaku mempunyai kaitan dengan upacara ilmu hitam yang diketuai seorang bomoh setelah menemui lapan telinga manusia dalam periuk di Estcourt. Mereka percaya memakan daging manusia boleh menjadikan mereka kebal.

Pihak berkuasa juga menyatakan bahawa seramai 300 orang penduduk mengaku memakan daging manusia, termasuk ada yang memakan mayat yang digali dari kubur.

Sumber : Dailymail

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli