Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(VIDEO) Kontroversi Lawak "Datuk Beli", Hans Terima Permohonanan Maaf Zizan Dan Anggap Isu Selesai


Kemelut antara Zizan Razak dan Dato' Hans Isaac boleh dianggap sudah selesai apabila Hans menerima permohonan maaf yang dibuat oleh Zizan di atas kontroversi lawak "datuk beli" pada malam Anugerah Festivel Filem Malaysia ke 29 (FFM29).

Hans, 46, berkata Zizan dan dia sudah berbincang mengenai kontroversi yang timbul pada malam Ahad tersebut.

"Saya dan Zizan sudah berbincang dan dia minta maaf. Saya pun dah maafkan Zizan. Dah berbincang dengan dia. 

"Sekarang ini kita pandang ke depan dengan kerja dan kehidupan. Terima kasih," kata Hans lagi.

Ujar Hans, dia berharap peminatnya dan peminat dapat berbaik dan menghormati antara satu sama lain dan tidak mengeluarkan kata-kata kesat ketika melontarkan komen di laman sosial miliknya.

Hans juga telah memuat naik satu video di Instagramnya yang mana rakaman video tersebut menunjukkan dia telah memaafkan Zizan dan menganggap perselisihan yang timbul sudah selesai.

A post shared by Hans Isaac (@hansisaac) on

"Saya rasa kita patut hormat satu sama lain. Ini ialah adat kita. Ada kata-kata agak kasar dalam Instagram saya. 

BACA : "Datuk Beli Ke Dapat," Zizan Razak Mohon Maaf Terlajak Cakap Dalam FFM 29, Tak Sangka Isu Jadi Besar

"Kepada dua pihak, peminat saya dan Zizan, Hormati satu sama lain. Jangan guna kata-kata kasar. 

"Maaf satu sama lain. Antara kami sudah berbincang dan anda semua pun kena selesaikan," ujarnya.

Hans sebelum ini dilaporkan kesal terhadap Zizan yang membuat lawak keterlaluan dan telah menjejaskan imejnya. Selain Hans, pelakon Datuk Eizlan Yusof turut diusik dengan guraian serupa oleh Zizan.

Bagaimanapun, Zizan telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua pihak yang terkesan dan berkecil hati dengan lawak keterlaluannya itu.

Sumber : mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli