Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kes Saman "Tampal Sesuatu Pada Cermin," Polis Tampil Berikan Penjelasan, Katanya Gambar Google


Berikutkan kes tular di laman sosial seorang lelaki mendakwa polis telah disaman olej pihak polis kerana meletak 'sun shade' di cermin keretanya.

Lelaki itu turut menceritakan dialog yang dia mendakwa dia tidak suka rasuah selepas anggota bertanya "So, Apa macam boss?".



Berikutan itu pihak Polis Selangor telah mengeluarkan kenyataan media berkaitan isu berkenaan.

Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Megat Mohd Aminuddin bin Megat Alias berkata, pihak polis Serdang telah terkesan dengan viral tersebut di mana lelaki berkenaan menyatakan ketidakpuasan hati tindakan saman ke atas beliau oleh anggota Polis Trafik, IPD Serdang atas kesalahan ‘Tampal Sesuatu Pada Cermin’.


"Kejadian berlaku pada  06.09.2017 jam lebih kurang 3.00 petang semasa sepasukan anggota Trafik, IPD Serdang sedang menjalankan Operasi Sekatan Jalan Raya di Jalan Serdang Perdana telah menahan sebuah kenderaan pacuan 4 roda jenis Toyota Hilux Nombor Pendaftaran AJJ **1 warna putih yang di pandu oleh seorang lelaki Cina bernama Lee How Kim."

"Kenderaan tersebut telah di tahan kerana kesalahan cermin gelap dan satu saman telah dikeluarkan oleh anggota trafik di bawah Seksyen 4(B) PU(A) 039/91 dalam Akta Kaedah - Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis- Jenis Kaca Tertentu),'' jelas beliau.

Pihak polis Selangor juga menyatakan gambar Sun Shade itu telah diambil daripada laman Google dan bukanlah gambar sebenar.


"Pihak polis memandang serius aduan tersebut dan akan menjalankan siasatan terhadap mana – mana pihak yang menyebarkan (viral) ini kerana perbuatan ini sengaja dilakukan dengan maksud untuk memburuk-burukkan imej dan kredibiliti PDRM."

"Tindakan menyebar maklumat palsu boleh di ambil di bawah Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 (Akta 15),"  tegas beliau.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebar atau berkongsi maklumat palsu kerana tindakan yang tidak bertanggungjawab tersebut boleh menjejaskan kententeraman awam dan membangkitkan keresahan masyarakat.

Berdasarkan pemerhatian dari gambar di atas kertas saman, lelaki itu disaman kerana keretanya bercermin gelap, bukan kerana sun shade.


- Siakapkeli.my

** FAKTA


Kesalahan 'tampal sesuatu pada cermin' ada dinyatakan dalam *Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 PU(A) 39/91 - 004(B)* yang menyatakan suatu tirai, bidai atau bahan-bahan lain diletakkan pada cermin kenderaan yang boleh melindungi bahagian dalam kederaan adalah satu kesalahan. - Friend Of PDRM


Sedikit RALAT mengenai gambar Google.

Cuma membetulkan, tiada niat lain, hasil carian kami, gambar berkenaan bukanlah gambar Google. mungkin pihak polis tersalah lihat kerana hasil carian gambar itu tidak sepadan dengan gambar-gambar di Google dan hanya menunjukkan KEBARANGKALIAN.

Jika gambar Google, gambar keputusan akan keluar seperti CONTOH di bawah.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. segera bergabung dengan kami di u+p+d+a+t+e+b+e+t+t+i+n+g
    dan menangkan hadiah menariknya

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli