Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kedah Berkabung 7 Hari, Perak Dan Johor Turut Kibar Bendera Separuh Tiang


Susulan kemangkatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Anak Bukit Kedah pada jam 2.30 semalam, kerajaan Kedah telah mengumumkan Selasa sebagai hari pelepasan am.

Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di negeri ini berjalan seperti biasa, kata Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

 “Kerajaan negeri juga menetapkan tempoh berkabung tujuh hari bermula hari ini dengan semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan dibatalkan manakala, bendera Kedah di bangunan Persekutuan, negeri dan awam juga hendaklah dikibarkan separuh tiang selama tiga hari bermula hari ini," katanya dalam sidang media khas, sebentar tadi.

Jenazah Almarhum Sultan Kedah akan disemayamkan di Dewan Penghadapan Baharu Istana Anak Bukit untuk solat jenazah dan sebagai penghormatan terakhir bermula jam 11 pagi, tambahnya.

"Jenazah Almarhum Sultan Kedah akan diiring ke Makam Diraja Langgar melalui Lebuhraya Darulaman, Jalan Tun Razak, Jalan Langgar dan terus ke kawasan pemakaman," katanya.

Bagi rakyat jelata, istiadat penghormatan terakhir akan bermula jam 11 pagi. Manakala sesi khas untuk kenamaan dan delegasi asing akan bermula jam 12.30 tengah hari.

Sementara itu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan bendera di negeri Perak dikibarkan separuh tiang sehingga selesai istiadat pemakaman berkuat kuasa serta-merta.

Di negeri Johor pula, bendera Johor dan bendera daerah di negeri ini akan dikibarkan separuh tiang bagi menghormati kemangkatan Sultan Kedah Sulatan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G menyediakan Game : Sbo&Casino,CMDbet,Tangkas,Sabung Ayam, DLL
    pin bb:5EE-80AFE
    Di tunggu pendaftaran nya ya bos :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli