Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

(Video) ''Kerajaan Kata Tak Ada Duit, Bajet Agensi Semua Kena Potong, Tapi Buat Agensi Baru," Bos SPRM Bidas Menteri


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Dzulkifli Ahmad membidas cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low untuk penubuhan Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN).

Beliau menyelar Low kerana dilaporkan berkata, bahawa JITN akan memastikan bahawa SPRM menyiasat kes rasuah dan mendakwa dengan lebih berkesan.

Dzulkifli berkata, menteri itu perlu meminta lebih banyak peruntukan untuk SPRM, meningkatkan aset dan tenaga kerjanya serta memperbaiki kebajikan kakitangan, bukannya menubuhkan sebuah agensi baru.

"Siapa menteri ini? Siapa menteri yang mahu mengawal bagaimana kita menyiasat kes?

"Kita sepatutnya bebas. Jika alasan untuk membentuk JITN adalah untuk memantau SPRM, mengapa perlu saya melaporkan kepadanya?"

Dzulkifli mempersoalkan mengapa terdapat keperluan segera untuk menubuhkan agensi berkenaan sedangkan peruntukkan untuk semua jabatan dan agensi telah dipotong.

"Bagaimana ada wang untuk menubuhkan JITN?" kata Dzulkifli.

"Saya agak serius mengenai perkara ini dan kami menentang perkara itu apabila ia dibangkitkan dalam kabinet," katanya selepas menghadiri Program Kembara Jelajah Anti Rasuah 2017 di Madrasah Raiyah Islamiah di Balik Pulau, semalam.



Menurut Dzulkifli, tiada keperluan untuk menubuhkan jabatan baru itu kerana akan menyebabkan pertindihan tugas dengan agensi sedia ada.

"Tiada keperluan pun untuk tubuhkan jabatan baharu kerana kita sudah ada SPRM, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) dan Institut Integriti Malaysia (IIM).

"Bagi saya, ini adalah satu pembaziran yang nyata. Lebih baik peruntukan untuk tubuh jabatan baharu itu disalurkan kepada agensi penguatkuasaan lain, khususnya polis," katanya.

JITN akan berperanan sebagai badan penyelaras untuk menerajui perubahan transformasi dalam sektor awam serta swasta yang menumpukan pada tadbir urus baik, integriti dan hak asasi manusia.

Dzulkifli mengulas kenyataan Low yang mempertahankan penubuhan JITN yang sedang dikaji semula oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan didakwa akan memantapkan fungsi SPRM dalam melaksanakan tugas.

Kabinet pada 28 Julai bersetuju menaik taraf Bahagian Integriti dan Tadbir Urus di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebagai jabatan penuh yang dikenali sebagai JITN.

Sumber: KiniTV, MACC Tube
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli