Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Kalau Aku Tak Dapat Datang Konvo, Minta Ibu Datang Wakilkan Aku,'' Pesan Arwah Kepada Rakan Sebelum Terlibat Kemalangan

One Comment

Seorang ibu kelihatan tabah dan tenang ketika menerima sijil kemahiran pada Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti 2017 Melaka dan Negeri Sembilan bagi pihak arwah anaknya, Nazmi Hariz Sulaiman yang maut dalam kemalangan jalan raya 11 September lalu.


Menurut bapa mangsa, Sulaiman Md Sam, 52, dua minggu sebelum terlibat kemalangan jalan raya, anak kedua dari tiga beradik itu sempat berpesan kepada seorang rakannya bahawa dia mahu ibunya, Normala Abdul Aziz, 51 untuk mewakilinya sekiranya dia tidak dapat menghadiri majlis konvokesyen itu.

"Kalau aku tak dapat datang ambil sijil konvo (konvokesyen), minta Mama (Ibu) datang wakilkan aku. Itulah antara pesanan arwah kepada rakannya yang kemudian disampaikan kepada kami.

"Bagaimanapun, saya berbangga kerana hasrat arwah untuk berjaya dalam bidang automotif mekanikal tercapai tetapi pada masa sama, kami sedih," katanya yang ditemani isterinya yang juga seorang pegawai tadbir Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

"Hari ini, kami lega kerana sudah sempurnakan permintaan Nazmi. Ibunya sendiri naik ke pentas untuk terima sijil bagi pihak arwah," ujarnya.


Terdahulu, Nazmi Hariz terlibat dalam sebuah kemalangan di Jalan Kiyai Hashim, Bukit Katil, pada 8 pagi 11 September lalu dimana motosikal Yamaha 135LC yang ditunggang arwah melanggar sebuah jengkaut sebelum hilang kawalan lalu terbalik.

Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan akibat cedera parah di bahagia dada dan kepala.

Sumber- Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli