Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Kabel Atas Laluan Terputus, Perkhidmatan Komuter Laluan Kuang-Rawang Kedua-Dua Arah Ditutup


Perkhidmatan komuter laluan antara Kuang - Rawang di kedua-dua arah dihentikan sementara oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berikutan kabel talian atas antara laluan putus pagi tadi.

Menurut kenyataan oleh jurucakap KTMB, kejadian terbabit telah menyebabkan perkhidmatan tren komuter serta Perkhidmatan Tren Eletrik (ETS) mengalami gangguan perjalanan.

Ketika ini, kerja-kerja membaik pulih giat dijalankan manakala para pengguna dinasihatkan merancang perjalanan dengan menggunakan perkhidmatan lain untuk menuju ke distinasi masing-masing.

"KTMB sedang menguruskan pemindahan penumpang ETS yang terkandas ketika dalam perjalanan.

"Perkhidmatan bas untuk pengguna tren komuter di antara laluan Sungai Buloh-Rawang disediakan manakala, perkhidmatan tren komuter di antara laluan Tanjung Malim-Serendah dan Pelabuhan Klang-Sungai Buloh adalah normal," katanya.

KTMB turut memohon maaf di atas kesulitan yang dialami selain menambah bahawa sebarang perkembangan terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Bagi mendapatkan informasi lebih lanjut, pengguna boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan KTMB di talian 03-22671200. Orang ramai juga boleh melayari Twitter KTMB di @ktm_berhad bagi tujuan yang sama.

Sumber : BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli