Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

90 Peratus Penagih Dadah Bermula Dengan Rokok, Jom Bantah Kiddie Pack


90 peratus penagih dadah bermula dengan merokok. Zaman kanak-kanak dan remaja adalah tempoh formatif di mana asas bagi pertumbuhan dan pembangunan individu terbentuk keseluruhannya. Mereka akan mencontohi orang sekeliling melalui pemerhatian dan seterusnya timbul perasaan ingin mencuba. Jom sama-sama kita #BANTAHKIDDIEPACK.

Langsung tidak terasa lesu mereka mengendong 2 tong gas.
Lenyap terus rasa gemuruh untuk menyimbahkan petrol dan menghidupkan api marak membunuh.
Hilang juga rasa simpati tatkala mendengar rintihan dan jeritan mangsa rentung kepanasan.

Semuanya gara gara ledakan dopamin di otak yang mengambil alih fungsi kewarasan minda.
Segala persoalan dan tanda tanya mengenai insiden kebakaran sekolah tahfiz yang mengorbankan 21 pelajar dan 2 guru telah pun terjawab.

Dadah durjana menjadi sebab musabab peristiwa hitam itu terpalit dalam lipatan sejarah negara.
Percayalah, selepas mereka bangkit dari lamunan khayal, 7 remaja yang terlibat hanyalah remaja biasa, mereka juga merupakan "MANGSA".

MANGSA kepada kerakusan pengedar dadah yang menjahanamkan anak bangsa.
MANGSA kepada kealpaan masyarakat yang tidak mengendahkan masalah sosial yang berlaku dalam lingkungan komuniti.

MANGSA kegagalan pihak berkuasa mengawal dan memerangi dadah habis habisan.
MANGSA keruntuhan institusi kekeluargaan dan pelbagai masalah sosial.
Ya,mereka semuanya adalah MANGSA.

Untuk makluman,terdapat kajian yang cukup kukuh untuk membuktikan bagaimana bermula dengan merokok, akan mendorong seseorang individu untuk mula mangambil dadah.
Selain itu, berdasarkan kajian juga, 90%  penagih dadah mengakui bermula dengan merokok pada usia muda.

Adakah kita terus mahu membiarkan semakin ramai generasi hadapan terus menjadi MANGSA?
Hentikan kitaran ini dengan membantah penjualan rokok kiddie pack, satu agenda terancang yang keji bagi merosakkan anak anak Malaysia.
Hentikan sebelum ia bermula,
Bantah agenda rokok kiddie pack

Ayuh tandatangani petisyen berikut.

Sumber: Public Health Malaysia
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli