Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Jamu Korek-Korek Ketat, Tajuk Macam **ram, Tapi Ramai Percaya Ikut


Jamu adalah makanan tambahan tradisional pada suatu ketika dahulu. Jamu ini mempunyai pelbagai versi sama ada dalam bentuk minuman, kapsul, tablet dan macam jenis lagi. Versi yang terbaru jamu yang dimasukkan ke dalam vagina.

Namun apa kesannya kemudian hari? Tidak merbahaya ke? Ramuan jamu yang tradisional telah diubahsuai untuk memberi kesan yang berbeza kepada penggunanya. Tapi berkesan ke penggunaan jamu? Mungkin cara dan kesannya berlainan setiap penggunannya.

Ikuti pendedahan dari Khairul Yoi, tentang bahayanya produk tersebut. Semoga dapat memberi pengajaran dan mampu membuat pilihan produk yang betul.


Jamu korek-korek ketat. (tajuk macam haram jadah tapi baca jelah)

Itulah. Aku dah kabor. Orang perempuan memang gelojoh. Engkau orang sabar jap. Nak ketat ke nak sedap ke mantap ke, jangan jadi mangkuk. Ni kes lebih kurang macam meruang juga ni. Kekonon cuci faraj, nanti faraj bersih ketat macam masih dara katanya. Ini kata2 dari founder lah, biasanya founder yang suruh meruang dan insert segala makhluk asing dalam lubang kau orang ni selalunya ngaji kat google je.

Tapi apa kata doktor bertauliah yang belajar bertahun-tahun pasal ilmu ni? Omak yoi dah 13 tahun belajar ilmu tradisional ni, bila ditanya, dia kabor "ahh ini semua bidaah! orang tak buat meruang-meruang korek-korek cium ni, orang buat tangas je kalau nak ketat. Yang bersalin buat tungku, urut, bla bla bla" dia bebelkan aku. Jangan pelik, omak yoi dulu pon bertugas bahagian perbidanan kat hospital. Sekarang dia dah bersara, bila dia buat kelas, yoi tukang jaga dewan. Jadi aku tahu ler apa benda dia duk bebel kat anak-anak buah dia pasal vagina kau orang ni. Doc pulak kabor meruang dan insertion makhluk asing ke dalam vagina boleh menyebabkan scarring atau luka, dan boleh menyebabkan jangkitan kuman. Itu pasal jangan memandai nak ajar orang korek-korek.

Tapi ... Tapi. Nakram power geng-geng ni, dikabornya pulak "jangan risau sis, jangan risau dik, jangan risau akak-akak semua, setakat ni tak ade lagi kes orang mati sebab insert jamu dalam lobang". Allahu.. Udah ler tak ngaji ilmu medic, nak lawan pula apa yang doktor-doktor dah larang. Lantak kau lah makcik. Orang kata biar bodoh, tapi jangan ajak orang lain jadi bodoh sekali. Kau jangan makcik.. Ini kes nyawa orang ni, jangan sebab kau nak fulus sampai kau tak kisah kesihatan orang. Jangan macam ini, niaga biar ada berkat karang berpeluh kau nak jawab depan tuhan.

Memandangkan geng-geng memakwe ni begitu gelojoh melihat testimoni-testimoni manis dari tokei-tokei jamu, maka marilah kita jejaka-jejaka malaya pulak yang ambil tahu pasal benda ni. Kurang-kadang nanti kalau bini kau orang nak sumbat-sumbat jamu dalam vagina dia boleh lah kau orang azankan aje bini kau orang.

Haa ni jap lagi ada pentaksub2 nak cakap aku tutup periuk nasi orang ni. Takpelah redha jelah. Janji aku tak tutup "vachina" kau orang sampai rapat takvleh buka sudahlah.







Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli