Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Ibu Mangsa Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah Mimpi Tentang Mayat Rentung, Rupa-Rupanya Adalah Anaknya


Kadang-kadang bila ada sesuatu kematian yang akan atau telah berlaku dalam kalangan keluarga kita, akan ada segelintir dari kita yang mungkin akan bermimpi melihat atau berjumpa orang tersebut.

Walaupun mimpi dianggap hanya sebagai mainan tidur namun perkara yang dimimpikan itu terjadi di dunia nyata. Perkara dialami sendiri oleh seorang ibu daripada salah seorang mangsa kebakaran tersebut.

Salah seorang ibu daripada mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah telah bermimpi tentang sekujur mayat budak rentung dalam kebakaran. Ianya seolah-olah satu petanda sebelum insiden itu berlaku.

Perkongsian ini ditulis oleh Puan Nen Dsign melalui akaun facebook nya. Ibu kepada Muhammad Danieal Md Amin, 14, menceritakan bahawa dia telah bermimpi tentang sekujur mayat seorang budak rentung dalam kebakaran.

"Sesungguhnya janji Allah itu pasti. Rabu 13/9/2017. Maha Suci Allah... khabar apakah yang ingin Engkau sampaikan kepadaku nanti... kurniakanlah kepada ku hati yang baik. Amin.

"Terdetik di hati kecilku sebaik sedar dari tidur. Malam tu aku bermimpi... di hadapanku ada sekujur mayat seorang budak yang rentung hangus terbakar,"
tulisnya.

Apa yang mengejutkannya adalah pada hari khamis 14/9/2017 sehari selepas beliau mengalami mimpi itu, beliau dikejutkan dengan mendapat berita tentang kebakaran tahfiz tempat anaknya Danieal belajar.

"Khamis 14/9/2017 aku mendapat berita tentang kebakaran tahfiz tempat Danieal belajar. Innanillahhiwainnailaihirojiun.

"Maha Suci Allah...rupanya dalam mimpi itu adalah anakku Danieal. Engkau tenangkanlah dia di taman syurgaMu. Terima kasih Ya Allah Engkau dah makbulkan doaku.

"Ya Allah... jadikanlah anak-anakku di antara tahfiz-tahfizMu dan syahid-syahidMu","
katanya.


"Alhamdulillah Ya Allah. Sesungguhnya Engkaulah Sang Pencipta Langit dan Bumi. Engkaulah yang Maha memiliki Kebesaran dan Kemuliaan. Berikanlah aku kekuatan dan ketenangan. Amin.

"Abang...abang dah syahid. Umi bangga dengan abang. Jumaat 15/9/2017... Setelah dapat melihat mayat Daniael, ternyata itulah ku lihat dalam mimpiku itu. Sesungguhnya Allah itu Maha Hebat," katanya.

Berdasarkan status yang dibuat oleh beliau menggunakan akaun facebooknya itu, dia seolah-olah redha dengan ujian yang dihadapinya.

Namun setelah mendapat tahu berita punca sebenar insiden kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah bukan disebabkan oleh litar pintas sebaliknya disebabkan oleh perbuatan khianat yang dilakukan oleh anak-anak muda yang menagih dadah, beliau tetap menyatakan terima kasih atas perbuatan mereka dikala ramai diantara masyarakat yang mengecam perbuatan pelaku-pelaku tersebut.

Beliau turut bersyukur kerana pelaku-pelaku tersebut kerana menjadikan anaknya Danieal sebagai anak syurga.

"Terima kasih buat mereka semua kerana dah jadikan anak saya anak syurga. Saya maafkan mereka semua. Semoga Allah beri hidayah buat mereka dan jadikan mereka di antara anak-anak yang soleh lagi bertaqwa. Amin ," tulisnya.

Sumber : mStar Online

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli