Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Padah Hina Almarhum Sultan Kedah, Lelaki Ini Diburu Polis


Polis kini sedang memburu seorang lelaki atas kesalahan memuat naik kenyataan menghina Almarhum Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di akaun Facebooknya.

Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang baru dilantik sebagai Ketua Polis Negara berkata, pemuda tersebut dipercayai berasal dari Melaka.



“PDRM mengambil serius mengenai hal ini. Susulan itu polis bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan lelaki berkenaan,” katanya lagi.


Lelaki tersebut sebelum ini telah memuat naik status menghina Alamarhum Sultan Abdul Halim Mua'adzam Shah. Kenyataan tersebut mengundang amarah dalam kalangan netizen yang kemudiannya menggesa polis menjalankan siasatan.

Sumber : Kosmo! Online


Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli