Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Hasil Ujian Air Kencing, Remaja Pukul Ibu Bebas Daripada Pengaruh Dadah


Susulan tersebarnya rakaman seorang remaja lelaki 16 tahun didakwa memukul ibunya dipercayai kerana mahukan wang, hasil ujian air kencing yang dilakukan oleh pihak polis, remaja berkenaan disahkan bebas daripada pengaruh dadah.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias, ujian air kencing dilakukan terhadap remaja berkenaan ketika dia hadir bersama ibunya di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya untuk memberi keterangan.

Jelasnya, rakaman remaja berkenaan memukul ibunya telah dirakam adik perempuannya yang menyerahkan rakaman itu kepada bapanya.

“Bapa remaja berkenaan kemudian menyerahkan rakaman itu kepada guru sekolah remaja itu dengan niat untuk meminta guru sekolah menasihati anaknya.

“Rakaman insiden itu kemudiannya tular dan dikecam masyarakat. Siasatan lanjut berhubung insiden ini sedang dijalankan,” tambahnya.
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli