Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Harga Diesel Naik Mendadak, Pengusaha Lori Terpaksa Naikkan Harga Perkhidmatan


Beberapa minggu kebelakangan ini, harga minyak terus menaik termasuk juga harga diesel. Semua pihak akan menaikkan sedikit bayaran kerana tidak mahu alami kerugian begitu juga dengan pengusaha lori.

Presiden Persatuan Pengusaha Lori Malaysia, Anthony Tan Boon Siong berkata pada masa ini, pengusaha lori masih mengambil sikap tunggu dan lihat, sekiranya harga diesel terus melonjak naik, mereka terpaksa mengenakan bayaran lebih tinggi ke atas pengguna.

"Ahli-ahli saya (pengusaha lori) tidak pernah mengadu kepada saya, tetapi saya percaya mereka dalam keadaan tertekan.

"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, masalah kemelesetan ekonomi dan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) memberi impak teruk kepada pengusaha lori," katanya.

Menurutnya, harga diesel menunjukkan kenaikan dan kadarnya mencecah sehingga sembilan sen seliter iaitu pada harga RM2.14 sen seliter.

"Persatuan kami akan mengadakan mesyuarat minggu depan untuk berbincang mengenai masalah kenaikan harga diesel dan mengemas kini kos operasi kami.

"Kami juga berharap, kerajaan mengumumkan mekanisme pengiraan harga petrol dan diesel yang dijalankan secara mingguan ini agar rakyat dapat mengetahui dengan jelas," katanya. - Siakapkeli.my

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Bagi yang bergadang, mari mainkan game bola dari kami f*a*n*s*b*e*t*t*i*n*g
    Daftar dahulu ya.. info lebih lanjut >> 5ee80afe :)

    BalasPadam
  2. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g

    BalasPadam
  3. Masa harga diesel jatuh, x de plak dia org turunkan harga perkhimatan. Time harga diesel jatuh, dia org ni still naik kan harga perkhimatan. Full of nonsense lah dia org ni. Ckp je lah nk naik kan harga perkhimatan time rakyat tengah susah utk gandakan keuntungan kan snng.

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli