Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Enam Tetamu Majlis Perkahwinan Muncul Berpakaian Sama ; "Kami Bukan Bridesmaid"

FB Foto - Debbie Speranza
Enam orang wanita yang dilihat seolah-olah bridesmaid dalam satu majlis perkahwinan di Australia telah mendapat perhatian golongan netizen di laman sosial.

Tular kerana berpakaian sama ketika hadir ke satu majlis perkahwinan tanpa dirancang menyebabkan salah seorang daripada enam yang memakai baju sama itu telah membuat satu posting melalui akaun facebooknya.

Debbie Speranza salah seorang mangsa menyuarakan pendapatnya tentang kejadian itu.


"Apa yang peliknya?" tulis Speranza, pada gambar enam wanita memakai dress sama potongan dan warna bersama pengantin perempuan, Julia Mammone yang bertugas sebagai guru.

Pakaian sama 'Debbie Lace' yang dipakai oleh enam orang wanita dijual pada hargaA$159.99 (RM538) di laman web Forever New.

Beliau juga memberitahu kepada syarikat 'Australia Forever New' melalui postingnya supaya "Anda memang harus mula membuat satu daftar pengantin supaya pelanggan boleh memeriksa sama ada orang lain telah membeli salah satu pakaian anda untuk acara yang sama."

Posting kedua Speranza telah mendapat lebih dari 46,000 reaksi dan hampir 1,500 perkongsian.


Pengantin perempuan bagi majlis perkahwinan tersebut menggambarkan pertembungan enam wanita yang memakai pakaian sama itu sebagai sesuatu yang melucukan, katanya kepada The Daily Telegraph.

"Pada mulanya kami berpandangan sesama sendiri, tak tahu sama ada mereka mahu gelak atau pulang tukar baju," katanya.

"Ia adalah mimpi ngeri setiap gadis, apa lagi yang boleh anda lakukan?."

Perkahwinan Mammone dengan suaminya, seorang jurulatih peribadi, Dominic, berlangsung di Le Montage di Lilyville, lapor The Daily Telegraph.

Speranza yang mula sedar pakaian yang dipakainya sama dengan sepupunya ketika masuk ke majlis resepsi tersebut.

"Kami mula ketawa, tetapi kemudian seorang lain muncul... kemudian satu lagi... dan satu lagi. Tetamu di situ kira-kira 200 orang," katanya.

"Ada antara mereka nampak sedikit 'ahhhhh' malu, tapi kemudian kami semua melihatnya sebagai sesuatu yang kelakar. Kami ibarat adik-beradik segera," katanya.

Dia juga menafikan situasi yang berlaku secara kebetulan itu sengaja dibuat untuk mencari publisiti. - The Straits Times/Asia News Network

Sumber : mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. b0la, c4sin0, CMDbet, tangkas, sabung 4yam, dll hanya di F*a*n*s*B*E*T*T*I*N*G, yukk buruan.. :)

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli