Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dua Calon Tawar Diri Jadi Presiden KAFA, Dato Vida Nasihat Jangan Cari Publisiti Murahan

One Comment

Pengasas Desa Murni Batik Kota Bharu, Bibi Ramjani Ilias Khan dan Datuk Muhammad Nasir Hamzah yang merupakan Naib Presiden Kafa adalah dua nama yang bakal bertanding bagi mengisi kerusi jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa).

Keputusan akan diperoleh pada kongres pemilihan ke-63 persatuan itu, 17 September ini.


Saingan sengit antara dua calon ini sedang hangat diperkatakan hingga mendapat perhatian jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida.

Pada tahun 2016 lalu, Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman pernah menaja skuad The Red Warriors (TRW) dengan perjanjian bernilai RM16 juta sebelum mengambil keputusan untuk menangguh tajaannya pada tahun ini.

Datuk Seri Vida menasihati mana-mana individu yang ingin bertanding bagi merebut jawatan presiden untuk tidak terlalu teruja mencari publisiti murahan menerusi Kafa.


Sebagai bekas penaja TRW, Datuk Seri Vida berkata demikian berdasarkan pengalaman bersama pasukan negeri Kelantan itu selama hampir setahun.

"Saya tak dengki tapi saya bercakap berdasarkan pengalaman sebagai penaja dan penasihat kehormat Kafa sebelum ini. Jadi saya nasihatkan bakal calon presiden Kafa agar janganlah terlalu ghairah mencari publisiti murahan menerusi Kafa.

"Calon presiden juga kena sedia terima kritikan. Walaupun anda sanggup berkorban demi pasukan, tidak semestinya pengorbanan anda itu akan dibalas dengan sokongan kuat penyokong," petikan dari laporan mStar Online.


Menurut usahawan kosmetik ini, pelaburan besarnya terhadap Kelantan sebelum ini tidak menunjukkan sebarang hasil. Penyokong juga didakwa tidak membantu dalam menjana pendapatan untuk pasukan melalui pembelian jersi dan produk kesihatan keluaran syarikat beliau.

"Saya kecewa dengan penyokong Kelantan yang enggan melaburkan sedikit wang untuk pasukan. Dah keluarkan jersi ikut harga mampu milik tapi penyokong lebih suka beli jersi ciplak.

"Saya keluarkan pula air tin (Pamoga) tapi penjualan agak perlahan. Macam mana saya nak rolling duit untuk pasukan sedangkan wang tajaan saya bergantung dengan hasil jualan produk itu," ujarnya.


Jelas Datuk Vida lagi, terdapat segelintir penyokong menganggap segala yang dilakukan oleh beliau sebagai penaja hanyalah mahu menonjolkan jenamanya semata berbanding memajukan pasukan Kelantan.

"Saya memang seorang yang bercita-cita tinggi dan sukakan sesuatu kelainan. Sebagai seorang ahli perniagaan saya perlu tampil dengan idea-idea yang baharu untuk menjana pendapatan demi pasukan," katanya.

Sumber- mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Swin888.blogspot.com
    Wechat / whatsapp
    Bit.ly/60133026666
    011-2611-9352
    014-322-7846

    SWIN888 SENANG DAPAT ANGPAO & JACKPOT.
    #SCR888 ->>> Pay dirt
    #LPE88 --->>> A night Out
    #JOKER123 --->>> Robin Hood
    #GW99 ---->>> Tarzan
    #SKY777 -->>> Aqua cash
    #sky99 --->>> Thai paradise

    - WELCOME BONUS 30%
    - DAILY BONUS 10%
    - REFER BONUS 20%
    - 100% TRUSTED #BESMART
    - 24 JAM MASA CUCI/
    TOPUP
    - MININAL TOPUP Myr10.
    - HARI HARI JACKPOT
    - LEBIH DARI 1000+ MACAM SLOTGAMES & UPDATE SETIAP HARI.

    Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCF7oiXFOTBVGvI3h7J2qqqw

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli