Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Diugut Rogol Dan Bunuh, Empat Wanita Berdepan Detik Menakutkan Disamun Ketika Daki Bukit Keluang


BESUT: Empat pendaki wanita berdepan detik menakutkan apabila mereka diugut akan Rogol dan bunuh sebelum disamun dua lelaki di puncak Bukit Keluang di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira -kira jam 2.30 petang  itu, seorang suri rumah berusia 55 tahun dari Pasir Mas, Kelantan bersama seorang anak perempuannya berusia 31 dan dua rakannya anak perempuannya berusia 24 dan 39 tahun disamun lelaki bersenjata pisau dan kayu.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, mangsa mendaki berlima melalui jalan belakang Bukit Keluang dan sebaik sampai di puncak bukit tiba-tiba muncul dua lelaki menutup muka dengan kain.

"Kedua-dua suspek yang memakai seluar pendek tiga suka dan baju tanpa lengan yang masing masing bersenjatakan sebilah pisau dan kayu telah mengacukan kepada mangsa," jelas beliau.

Menurut sumber, antara barang yang telah disamun termasuklah, tiga utas rantai tangan emas, tiga buah telefon bimbit, sebentuk cincin berlian, dan sejumlah wang tunai. Jumlah keseluruhan kerugian dianggarkan melebihi RM20,000

Sumber: Sinar Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli