Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dipercayai Mempunyai Masalah Disiplin Di Set Penggambaran, Fathia Latiff Digugurkan Dari Drama Laluna

3 ulasan

Kontroversi terbaru melibatkan seorang pelakon cantik, Fathia Latiff  yang dikatakan telah digugurkan namanya daripada membintangi drama Laluna terbitan RTM kerana memiliki disiplin yang tidak memuaskan sehingga mengecewakan penerbit syarikat tersebut.

Penerbit syarikat produksi TenView Sdn Bhd, Norazah Sahud mejelaskan bahwa keputusan dibuat atas perbincangan bersama pengarah setelah pelakon tersebut hadir dalam keadaan tidak terurus semasa penggambaran drama tersebut di Johor Bahru.


"Pada 14 September dia sudah mula buat hal dengan datang lambat ke set penggambaran, lebih dahsyat pada 15 September dia datang dalam keadaan tidak terurus.

"Saya tahu dia memang ada masalah disiplin, saya beri peluang kerana dia pernah berjanji untuk buat yang terbaik namun perangainya masih tak berubah.

"Kami terpaksa membuat keputusan ini kerana tidak mahu menanggung akibat kerana baki penggambaran masih panjang lagi" katanya ketika dihubungi mStar Online pada Sabtu.

Norazah turut menafikan laporan sebuah blog hiburan yang mendakwa pengarah drama itu Liza Ismail telah menghalau Fathia di set penggambaran.

Jelasnya, Fathia tidak dihalau sebaliknya dia sendiri yang melarikan diri bersama seorang teman menaiki kenderaan.

"Selepas ditegur kerana tidak memberi komitmen, Fathia melarikan diri menaiki kenderaan bersama seorang teman iaitu pelakon baharu.

"Saya sudah berada dalam industri ini hampir 22 tahun dan telah menerbitkan banyak drama, ini kali pertama saya melayan ragam seorang artis yang paling bermasalah," katanya.


Dalam pada itu, produksi sudah mempunyai beberapa calon pelakon yang akan menggantikan watak Luna yang sebelum ini disandang oleh Fathia.

Walau bagaimanapun, Norazah masih belum mahu mengumumkan pengganti untuk watak utama tersebut.

"Insya-Allah, penggambaran akan bermula Selasa depan dan beberapa babak yang dilakonkan oleh Fathia sebelum ini perlu dirakamkan semula oleh pelakon pengganti.

"Sebelum kami perlu tanggung kerugian yang lebih besar, lebih baik kami ganti orang lain secepat mungkin," katanya.

Sumber- mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Admin...numpang promo yaa
    F*a*n*s*b*e*t*t*i*n*g agen situs b0la online teraman dan terpercaya :)
    yuk di add 5EE80AFE

    BalasPadam
  2. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli