Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Diintai Kelab Luar, Kim Swee Bakal Berhijrah?


Nama Datuk Ong Kim Swee, 46, menjadi bualan ramai ketika ini apabila terdapat khabar bahawa jurulatih skuad Bawah 22 Tahun (B-22) yang meraih pingat perak di Kuala Lumpur lalu bakal berhijrah ke Indonesia.

Kim Swee dikatakan bakal mengambil alih jawatan pengendali kelab liga utama negara itu, Mitra Kukar FC yang berpangkalan di Kalimantan Utara susulan peletakan jawatan pengendali sebelum ini, Jafri Sastra pada Ogos lalu.

Ketika ini, kelab terbabit dibimbing oleh jurulatih sementara , Sukardi Kardok. Mitra Kukar kini berada di kedudukan kelapan dalam saingan Liga Super Indonesia (ISL).

Korankaltim.com, sebuah portal di republik tersebut pernah melaporkan bahawa Endri Erawan selaku pemilik kelab Mitra Kukar pernah bertemu dengan Kim Swee namun tidak menyatakan bahawa perbincangan serius telah diadakan.

Kehadiran Kim Swee bakal mencetuskan satu lagi sensasi selepas penghijrahan Mohd Safee Sali pada tahun 2010 diberi perhatian dalam arena bola sepak, menurut wartawan JawaPos.com, Nuris Andi Prasetyo. Untuk rekod, Safee Sali pernah beraksi Bersama kelab Pelita Jaya selepas berhijrah dari Selangor.

"Nama Kim Swee sudah dikenali dalam kalangan peminat bola sepak di Indonesia selepas kejayaan Malaysia memenangi pingat emas di Sukan SEA Jakarta (2011). Memang boleh beri impak besar jika ke sini (Indonesia). Malah dari segi pertuturan juga, beliau ada kelebihan untuk membimbing pemain di sini.


"Sekarang memang kelab Mitra Kukar mahu mencari jurulatih baharu tapi tidak diketahui sama ada Kim Swee (calon)," katanya lagi.

Khabar perpindahan terbabit mula timbul apabila kontrak Kim Swee yang bakal tamat pada hujung tahun ini, selepas jurulatih itu cemerlang membimbing skuadnya layak ke pusingan akhir Kejohanan AFC B-23 di China pada tahun depan.

Sebelum ini, Kim Swee telah menafikan bahawa beliau diintai oleh sebuah kelab berpangkalan di Jakarta, sebaliknya ingin menumpukan kepada perbincangan perlanjutan kontrak bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Bhayangkara FC, PS TNI dan Persija Jakarta adalah tiga kelab dari Jakarta, namun hingga kini kelab-kelab tersebut sudah mempunyai jurulatih masing-masing.

Sumber : BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. Swin888.blogspot.com
    Wechat / whatsapp
    Bit.ly/60133026666
    011-2611-9352
    014-322-7846

    SWIN888 SENANG DAPAT ANGPAO & JACKPOT.
    #SCR888 ->>> Fairy Garden
    #LPE88 --->>> Azteca
    #JOKER123 --->>> Huga
    #GW99 ---->>> Aladdin
    #SKY777 -->>> Double Ultimate
    #sky99 --->>> God of wealth

    - WELCOME BONUS 30%
    - DAILY BONUS 10%
    - REFER BONUS 20%
    - 100% TRUSTED #BESMART
    - 24 JAM MASA CUCI/
    TOPUP
    - MININAL TOPUP Myr10.
    - HARI HARI JACKPOT
    - LEBIH DARI 1000+ MACAM SLOTGAMES & UPDATE SETIAP HARI.

    Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCF7oiXFOTBVGvI3h7J2qqqw

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli