Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dia Yang Tergesa-Gesa Nak Nikah Dengan Saya Sebab Ada Sesuatu - Joy Revfa

3 ulasan

Hari demi hari kemelut yang melanda rumahtangga penyanyi Hafiz Hamidun dan Joy Revfa semakin berlarutan selepas kedua mereka mempunyai pendapat masing-masing mengenai pergolakan ini.

Terdahulu, Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin diberi amaran oleh Hafiz sendiri untuk tidak mengambil mudah hal berkenaan permohonan faraq nikah yang difailkan Joy di mahkamah.

Menurut sumber mStar Online, Joy juga berharap agar pelantun lagu Jodoh Berdua itu berhenti dari kelakuannya yang dikatakan memanipulasikan nama Joy dan masyarakat dalam kenyataan yang diberinya.


"Saya harap Hafiz tak perlu manipulasi masyarakat dan saya dah puas dimanipulasi oleh dia di media terus menerus, untuk kata saya tidak serius.

"Fokus pada kes? Tuntutan saya jelas... pernikahan ini sah atau tidak, biarlah mahkamah yang menentukannya.

"Ini adalah cara yang terbaik untuk selesaikan. Bukan dengan cara licik yang lain. Dari awal, dia yang tergesa-gesa ingin bernikah dengan saya sebab ada sesuatu yang mungkin dia harapkan namun tak tercapai," kata Joy.


Sebelumnya, pada Khamis lalu, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menangguhkan permohonan faraq nikah yang difailkan Joy terhadap Hafiz Hamidun pada 18 Ogos lalu.

Jelas Joy lagi, dia mengetahui mengapa pihak Hafiz membuat pengakuan pernikahan mereka tidak sah dan menjauhkan diri daripadanya sejak awal dan mengatakan Hafiz mula berkongsi masalah mereka kepada pihak luar sehingga pergolakan rumah tangga mereka mula dihidu oleh netizen.

"Saya faham kenapa pihak sana beremosi dan menjauhkan diri daripada saya sejak awal dan membuat pengakuan sendiri nikah tidak sah walaupun belum disahkan di mahkamah lagi. 

"Malah dia juga buat saya seolah-olah musuh dia pula dan mengeruhkan lagi keadaan bila ada blog dan media bongkarkan isu ini yang sepatutnya dirahsiakan.

"Netizen dapat hidu setelah saya difitnah disekat laman sosial oleh dia, foto dihapuskan dan surat yang sepatutnya dirahsiakan tersebar menerusi kenalan rapatnya ," ujar Joy.


Tambah Joy lagi, sekiranya Hafiz seorang yang berilmu agama, seharusnya dia hadir berbincang secara baik dengannya dan bukanlah mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dan berdiam diri.

Semenjak isu rumah tangga pasangan ini menjadi bualan hangat, Joy menjelaskan bahawa hanya dia sahaja yang mengambil inisiatif untuk bertemu dan memuat naik gambar mereka bersama bagi mengelakkan netizen mengetahui tentang masalah mereka.

"Kalau benar dia lelaki berilmu agama, dia harus datang secara baik untuk berbincang bukan mendiamkan diri. Jumpa di rumah keluarga saya baik-baik jika ingin melepaskan tetapi dia tidak buat begitu.


"Selama ini hanya saya saja yang ingin berjumpa dia dan muat naik foto bersama di Instagram supaya netizen tak hidu yang kami tidak tinggal sebumbung. 

"Betapa saya sebagai isteri ingin menjaga nama baiknya sebagai ustaz walaupun hati saya sakit diabaikan dan dibiarkan begitu saja," akhir Joy.

Sumber- mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Admin...numpang promo yaa
    F*a*n*s*b*e*t*t*i*n*g agen situs b0la online teraman dan terpercaya :)
    yuk di add 5EE80AFE

    BalasPadam
  2. proses cepat, minimal hanya 50rb, gabung dan menangkan puluhan dan ratusan juta rupiah jika beruntung, untuk lebih jelas hubungin 7.A.C.D.8.5.6.0

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli