Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Sanggup Redah Banjir Risau 'Oye' Lapar


KANGAR: Sejak banjir melanda beberapa bahagian di Perlis tiga hari lalu, sudah menjadi rutin bagi Abdullah Rahman, 65, berulang dari pusat pemindahan ke rumahnya tiga kali setiap hari semata-mata untuk memberi makan kucing kesayangannya 'Oye'.

Demi memastikan kucing jantan berusia tiga tahun yang tinggal di rumahnya di Tebing Tinggi, di sini, sentiasa sihat dan cukup makan, warga emas itu sanggup meredah banjir sedalam 0.5 meter. selepas diarahkan berpindah ke pusat pemindahan.

"Saya bersama isteri serta tiga orang anak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Bintong sejak hari pertama banjir.

"Bukan tidak mahu bawa Oye bersama tetapi khuatir hilang, kami baru kehilangan Oya (seekor lagi kucing milik Abdullah) yang mati dilanggar kereta, jadi kami tidak mahu kehilangan kucing lagi," katanya ketika ditemui di kediamannya, di sini, hari ini.


Abdullah berkata, beliau berulang alik sebanyak tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk memberi makan kepada kucing peliharaannya.

Selepas ditanya mengenai banjir yang melanda di kawasannya, pesara tentera ini berkata walaupun sudah berulang kali mengalami banjir kilat,tetapi kali ini dianggapnya paling teruk.

"Minggu lalu ada banjir juga, tetapi hanya paras buku lali sahaja, kali ini sehingga paras pinggang." katanya.

Jumlah pusat pemindahan yang masih dibuka di seluruh negeri ini adalah 16, manakala lapan lagi sudah ditutup.

Sementara itu, maklumat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis mengesahkan sehingga jam 8.30 pagi tadi seramai 1,570 mangsa daripada 447 keluarga masih berada di pusat pemindahan.

Sumber: Berita Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 1 ulasan )
  1. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli