Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Datuk Beli Ke Dapat," Zizan Razak Mohon Maaf Terlajak Cakap Dalam FFM 29, Tak Sangka Isu Jadi Besar


“Saya mohon maaf atas segala keterlanjuran yang berlaku sepanjang FFM 29. Tidak pernah terlintas di hati untuk mengaibkan atau memperlekehkan mana-mana pihak, kata pelakon dan pelawak, Zizan Razak dipetik laporan Harian Metro.

Katanya dia sekadar bergurau dan tidak berniat mengguris hati mana-mana pihak terutama Datuk Hans Isaac dan Datuk Eizlan Yusof.

“Saya sekadar bergurau selain mahu menghiburkan penonton serta tetamu yang hadir,” tambahnya.

Menurutnya, dia tidak menyangka gurauannya itu menjadi isu besar sehingga ada segelintir pihak berasa kurang senang dan menempelaknya.

“Pada mulanya saya fikir apa yang disampaikan itu tidak terlalu kasar dan keterlaluan. Tak sangka pula jadi sebesar ini.

“Saya akui kesilapan ini dan dengan rendah hati memohon maaf. Perkara ini menjadi pengajaran buat saya dan akan lebih berhati-hati pada masa hadapan,” katanya.

Sebelum ini, Hans berasa kesal dengan gurauan Zizan yang dianggap keterlaluan hingga menjejaskan imej dan namanya.

Dalam majlis itu, Zizan mengusik gelaran yang diterima pelakon berkenaan dan Datuk Eizlan Yusof, sama ada beli atau tidak, Hans dilihat senyap dan turut menyindir Zizan selepas naik ke pentas selepas itu.

Hans menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada tahun lalu.

Memetik Laporan Mstar Online, Hans telah memuatnaik status ke laman Instagramnya melahirkan kekesalah terhadap kata-kata Zizan itu.

Katanya, sebagai seorang pengacara yang mengendali anugerah berprestij, Zizan tidak seharuskan membuat lawak jenaka sebegitu sehingga menjejaskan imej dan namanya.

"Terus-terang saya memang kecewa Zizan membuat lawak mempersoalkan gelaran Datuk yang saya terima daripada Sultan Pahang.

"Lawak tersebut telah membuatkan nama dan imej saya terjejas. Dia sebagai seorang pelawak tidak seharuskan menggunakan eleman lawak sebegitu.

"Dia bukan sahaja mempertikaikan kredibiliti saya tetapi juga Sultan," tulisnya.


Kata Hans, dia hanya mempertahankan rakan-rakan industri yang juga membawa gelaran yang sama.
Tambahnya lagi, gelaran tersebut diterima atas usahanya sendiri selama 25 tahun dalam industri seni tanah air.

"Saya hanya memberitahu perkara yang benar dan mempertahankan rakan-rakan yang lain. Dia tidak sepatutnya memperkecilkan kredibiliti orang lain.

"Saya terima gelaran ini secara profesional atas usaha saya selama 25 tahun di dalam industri seni.

"Macam-macam saya usahakan untuk memajukan industri. Bukan saya meminta-minta sendiri gelaran tersebut," ujarnya.

Dalam pada itu, Hans memberitahu Zizan ada menghubunginya sejak malam tadi namun dia tidak mahu menjawab panggilan tersebut kerana tidak dapat menerima apa yang dilakukan kepadanya itu.

"Zizan ada hubungi saya sejak malam tadi. Tapi saya tidak mahu membalas segala panggilannnya.

"Buat masa ini, saya memang tidak dapat terima apa yang dia katakan," Kata Hans.


Hans menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk pada tahun lalu bersama dua orang selebriti iaitu Datuk Norman Abdul Halim dan Datuk Ziela Jalil.

Dalam pada itu Eizlan tidak dapat mengulas perkara yang sama kerana sedang sibuk semasa dihubungi.

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli