Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Dari Seorang Pemandu Teksi, Kini Menjadi Kapten Bas Elektrik Wanita Pertama Di Malaysia


Biasa dengar lelaki menjadi pemandu bas awam atau pemandu teksi dekat Malaysia ini bukan? Perkhidmatan pengangkutan awam ini memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang kuat lebih-lebih lagi bila kena bekerja lebih masa.

Tapi tidak bagi Puan Tuty Sofia, 28, seorang ibu yang mempunyai dua orang anak untuk berkhidmat sebagai Kapten Bas Elektrik wanita pertama di Malaysia. Beliau kini berkhidmat di laluan BRT Sunway Line.

Sebelum ini, Puan Tuty memulakan kerjaya sebagai pemandu teksi sebelum menyertai Prasarana Bhd.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Bhd, Azmi Abdul Aziz, wanita ini sanggup bekerja untuk syif pagi dan malam malah sangat beruntung kerana suami dan anak-anaknya memberi sokongan yang penuh.


Saya sangat berterima kasih kepada Puan Tuty di atas kidmat dan bakti yang dicurahkan, kata Azmi dalam ruangan Facebook miliknya.

Puan Tuty juga berjaya memecahkan dominasi golongan lelaki dalam sektor pengangkutan awam serta dapat menjadi contoh kepada golongan wanita yang berminat untuk menyertai pengangkutan awam.

Pada awalnya, beliau amat gementar untuk melakukan pekerjaan ini namun beliau beruntung kerana suami dan anaknya adalah penyokong kuat terhadap kerjayanya ini.


Azmi Aziz turut menambah,"Kami ingin memecahkan stereotaip yang didominasi lelaki dalam industri ini dengan mewujudkan persekitaran yang inklusif di Prasarana di mana semua orang, tanpa mengira jantina mereka, akan berkembang maju dan berjaya."

Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli