Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Dari Awal Saya Tak Setuju Adira Buang Masa," Ulasan Dato Red Isterinya Tersingkir AF Megastar

No Comment

Datuk Red, suami kepada penyanyi jelita Adira sudah menjangkakan isterinya bakal tersingkir daripada program realiti Akademi Fantasia (AF) Megastar pada malam Ahad lalu

Menurut Datuk Sri Adnan Abu atau lebih mesra dikenali sebagai Datuk Red, dia hairan apabila isteri keduanya itu diminta untuk membawa anak mereka, Anggerik pada malam pertandingan meskipun bayi tidak dibenarkan dibawa masuk sepanjang program berlangsung.

"Saya sudah jangka Adira akan terkeluar kerana sejak masuk program ini dia tidak dibenarkan membawa bayi ke sesi latihan atau masa pertandingan. Tapi malam itu pihak produksi berkali-kali ingatkan dia supaya bawa anak.

"Jangan kata saya tidak mengundi, letih sudah mengundi, malah semua pekerja saya pun mengundi," ujarnya kepada mStar Online.


Datuk Red turut mengakui bahawa sejak awal lagi dia tidak bersetuju Adira memasuki pertandingan tersebut namun dia menghormati keputusan yang diambil isterinya.

"Sejak awal lagi saya tidak setuju kerana dia sudah ada nama dan tidak perlu sertai pertandingan begitu. Lagi pula saya kasihankan Anggerik yang masih kecil.

"Namun, saya sokong bila dia mahu juga sertai. Tapi itulah, saya rasa dia hanya buang masa je, lebih baik dia fokus cari lagu baru dari sertai program ini," jelasnya.


Ketika ditanya mengapa Datuk Red tidak hadir ke program berkenaan, dia berkata kurang berminat untuk menemani isterinya ke program-program berbentuk hiburan.

AF Megastar menampil 40 peratus keputusan berdasarkan undian penonton menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) manakala juri mewakili 60 peratus markah.

Sumber- mStar Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli