Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

"Dah lah Comel, Fasih Berbahasa Mandarin Pula", Pegawai JPJ Perlis Tak Sangka Videonya Viral

3 ulasan

 Seorang wanita yang merupakan pembantu penguat kuasa di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis terkejut dan tidak menyangka videonya yang sedang bertutur dalam bahasa mandarin ketika membantu urusan dua penuntut dari Shandong, China di kaunter perkhidmatan jabatan itu petang semalam, tular di media sosial dan ditonton hampir sejuta orang.

Menurut Nur Syafiqah Azaman, 23, segalanya terjadi apabila rakan sejawatnya telah merakam dia berbual dan memberi penerangan kepada dua pelajar terbabit dan kemudiannya memuat naik video itu ke laman rasmi JPJ Perlis sebelum ia dikongsikan dan tular dikalangan netizen.

Jelasnya, dua pelajar berkenaan iaitu Sun Wen Xuan, 18, dan Zhai Qin Xing, 19, yang dikatakan sedang menuntut di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam bidang kewangan dan pengurusan perniagaan itu mahu menguruskan pertukaran nama hak milik kenderaan.


"Mereka berdua baru saja membeli sebuah kereta untuk kegunaan di negara ini. Namun, ketika berurusan di kaunter, saya perhatikan mereka tidak boleh berbahasa Melayu dan berbahasa Inggeris juga tersekat-sekat.

"Jadi saya terpanggil untuk membantu dan memberi sedikit penerangan mengenai prosedur yang perlu dilakukan oleh mereka termasuk di PUSPAKOM (Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer) dalam bahasa mandarin. Syukur mereka boleh memahaminya dengan jelas," kata gadis berasal dari Changlun, Kedah dan berdarah kacukan Cina dari sebelah ibunya ketika ditemui petang semalam.

Nur Syafiqah mahir berbahasa mandarin kerana belajar di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yit Min, Changlun selain dari ibunya telah mengajarnya bertutur dalam bahasa tersebut sedari kecil memandangkan ibunya sendiri berketurunan Tionghua.

"Ibu saya memang seratus peratus berbangsa Cina dan kini seorang tukang jahit di Changlun. Ibu memang banyak mengajar saya bercakap bahasa Mandarin," jelasnya.


Sementara itu, menurut Pengarah JPJ Perlis, Shahrul Azhar Md Dali , kehadiran Nur Syafiqah di JPJ Perlis adalah satu penghargaan dan kelebihan kepada jabatan itu.

"Mempunyai kakitangan seperti beliau (Nur Syafiqah) satu kelebihan kepada JPJ memandangkan kita berurusan dengan semua bangsa dalam negara ini.

"Saya juga menggalakkan setiap kakitangan khususnya di bahagian perkhidmatan pelanggan untuk menguasai bahasa ketiga sedia ada dalam negara,"ujarnya.

Sumber- Harian Metro
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 3 ulasan )
  1. Kita bangga dengan kamu Nur Syafiqah. Kebolehan kamu ini patut dicontohi oleh semua penjawat awam agar mempertajamkan kefasihan bahasa-bahasa yang sering digunapakai dalam berkomunikasi dengan orang ramai.

    BalasPadam
  2. mari buruan yang jauh merapat, yang dekat silahkan daftar,mainkan dan menangkan hadiahnya, hanya di u*p*d*a*t*e*b*e*t*t*i*n*g

    BalasPadam
  3. agen365 menyediakan game : sbobet, ibcbet, casino, togel dll
    ayo segera bergabung bersama kami di agen365*com
    pin bbm :2B389877

    BalasPadam

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli