Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Cubaan Bunuh Diri Seorang Remaja 14 Tahun Bongkar Rahsia Dirinya Pernah Dirogol Datuk Tiri Dua Kali

No Comment
Gambar Hiasan

Tindakan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di Sri Aman untuk cuba membunuh diri dengan terjun dari tingkat dua asrama sekolahnya kira-kira jam 2.50 pagi 21 September yang lalu telah membongkar rahsia hitam hidupnya apabila dipercayai menjadi mangsa rogol datuk tirinya.

Pihak Hospital Sri Aman yang merawat mangsa berjaya mengesan bahawa mangsa sedang hamil lima minggu, dipercayai hasil perbuatan suspek yang berusia 54 tahun itu.

Datuk Dev Kumar, Ketua Siasatan Jenayah Sarawak berkata, pihak polis yang menjalankan siasatan bagaimanapun gagal untuk mengesahkan punca remaja tersebut cuba membunuh diri selain tidak dapat menentukan siapa bapa bayi yang dikandung remaja tersebut.

Datuk Dev Kumar

Berikutan itu, pegawai sosial perubatan Hospital Sri Aman Rabu lalu telah menemubual pelajar terbabit yang kemudiannya menceritakan perkara sebenar.

"Mangsa mendedahkan bahawa dia dirogol oleh datuk tirinya sebanyak dua kali dalam bulan Ogos lalu.

"Selepas mendengar pengakuan mengejutkan itu, pegawai sosial perubatan terbabit membuat laporan di Balai Polis Sri Aman," katanya lagi.

Ujarnya, siasatan polis mendapati bahawa kejadian pertama berlaku pada awal bulan Ogos selepas suspek mengambil mangsa dari asrama sebelum membawanya pulang ke rumah pada hujung minggu.

Namun, dalam perjalanan pulang, mangsa telah dibawa oleh suspek ke sebuah pondok di ladang kelapa sawit sebelum merogolnya.

"Kejadian kedua pula berlaku kira-kira seminggu kemudian di sebuah rumah panjang di Sembayang, Sri Aman apabila mangsa dirogol di ruang tamu ketika ahli keluarga lain sedang tidur," katanya.

Tambag Dev lagi, selepas siasatan awal itu, kira-kira jam 11 malam tadi, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Sri Aman pergi menjejaki suspek di sebuah pondok di sawah padi miliknya di Sembayang.

"Ketika anggota polis tiba di pondok itu, suspek ditemui terbaring di atas tanah di belakang pondok dengan mulut berbuih dan dalam keadaan separuh sedar. Dia kemudiannya dikejarkan ke Hospital Sri Aman dengan kenderaan polis.

"Bagaimanapun, pada jam 5 pagi tadi, suspek yang bekerja sebagai petani disahkan meninggal dunia di Hospital Sri Aman," katanya.

Hasil siasatan awal polis dan pihak hospital, suspek didapati membunuh diri dengan meminum racun serangga perosak.

BACA : Gadis Malang Dirogol Bergilir-Gilir Dan Dilacur RM 700 Kepada Warga Emas 82 Tahun

Sumber : BH Online
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli