Bacaan
Hangat
Terkini
Viral

Busuk Dan Menjengkelkan - Melewati "Keindahan" Sungai Sejuta Sampah Di Tanah Abang


Tanah Abang, pasti ada antara kita yang pernah mendengarnya, barangkali juga pernah mengunjungi lokasi tersebut. Terletak di Jakarta,Indonesia, Tanah Abang yang dianggap sebagai lokasi “syurga” membeli belah menjadi tumpuan pelancong termasuk rakyat Malaysia.

Pelancong yang hadir untuk membeli belah terlebih dahulu perlu berhadapan dengan kesesakan lalu lintas dan orang ramai kerana ia menjadi lokasi penduduk setempat melakukan aktiviti harian.

Sumber - Detik.com
Namun, Tanah Abang turut “menjamu” sesuatu yang tidak enak kepada pelancong selain kesesakan lalu lintas. Berdekatan Pasar Kambing di Jalan Sabeni, terdapat sebatang sungai yang dipenuhi sampah hingga sukar untuk melihat mana airnya.

Sampah-sampah tersebut nyata menimbulkan rasa kurang senang bagi sesiapa sahaja yang menyusuri di sepanjang sungai tersebut. Bau busuk yang tidak menyenangkan pasti meloyakan tekak “mangsa” yang terhidu bau tersebut.

Malah, longgokan sampah boleh dikesan dimana-mana sahaja termasuk di kawasan tangga kecil di bawah jambatan yang melintasi sungai tersebut.



Pelbagai jenis saiz, bentuk dan warna sampah boleh dilihat dimana-mana sahaja bahagian sungai tersebut yang jumlahnya mungkin ratusan bahkan ribuan.

Manakala sampah-sampah yang dikumpul oleh pembersih sungai hanya dikumpulkan di tebing sungai sahaja.


Yang meenghairankan, penduduk di sini seolah-olah tidak menghadapi masalah dengan suasana tersebut. Sebilangan wanita berbual-bual sambil memasak dengan menghadap sungai itu, mungkin mata dan hidung mereka sudah sebati dengan pemandangan dan bau yang menyiksakan itu.


Turut kelihatan kanak-kanak kecil bermain di tepi sungai, adakalanya mereka mencelupkan kaki mereka ke dalam air yang keruh itu, seolah-olah tiada apa yang ganjil.

Sumber : Sinar Harian
Sekiranya anda berminat untuk jimatkan kredit telefon anda boleh tekan sini.
Blogger ( 0 ulasan )

Sedang Hangat

©2014 Siakapkeli